Muhyiddin and Anwar - dulu berpelukan kini ....
Dalam politik semuanya boleh jadi ,dah ludah pun boleh jilat semula dan kawan jadi lawan serta musuh jadi sekutu.
Orang politik memang pandai bersandiwara demi kepentingan politik masing-masing.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini cukup selesa dengan kedudukan sebagai orang nombor dua dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan kepimpinan UMNO, juga begitu.
Orang tidak terperanjat atau hairan apabila TS Muhyiddin menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "pengkhianat" bangsa Melayu. Kenyataan itu tidak lebih daripada kenyataan politik walaupun TS Muhyiddin berkata dia sanggup di saman dan tidak akan meminta maaf seperti yang dipinta oleh DS Anwar.
Penyokong TS Muhyiddin sudah tentu akan berkata inilah pemimpin yang berani dan berwibawa. Itu hak mereka.
Cuma, dalam ingatan saya masih jelas akan episod di mana TS Muhyiddin dan DS Anwar berpeluk-pelukan. Pada ketika itu TS Muhyiddin hanyalah seorang menteri dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad dan salah seorang "orang" DS Anwar.
Yang paling menarik ialah tempat dan dalam "majlis" apa yang mereka berpelukan itu adalah di kediaman DS Anwar di Bukit Damansara (Damansara Heights) Kuala Lumpur. Ketika itu rumah DS Anwar dipenuhi para penyokongnya dan dikepung oleh polis termasuk Unit Tindakan Khas (UTK) yang bersiap siaga untuk menahan (manangkap) DS Anwar.
Pada waktu itu, TS Muhyiddin memberanikan diri untuk ke rumah DS Anwar walaupun mantan Timbalan PM itu dipecat oleh Tun Mahathir.
Sekarang, TS Muhyiddin menuduh DS Anwar sebagai pengkhianat bangsa Melayu sedangkan tidak kurang banyaknya orang Melayu yang menyokong DS Anwar. Ini bermakna orang Melayu yang menyokong DS Anwar juga pengkhianat kepada diri mereka sendiri.
Apa yang sepatutnya dikatakan oleh TS Muhyiddin ialah DS Anwar pengkhianat kepada UMNO, bukan kepada bangsa Melayu.
Tetapi, itulah politik. Dulu kawan, kini lawan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2

pasbs baner

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment