Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, August 14, 2009

BILA GAGAL MEMANTAU KEMENTERIAN PENGGUNA PUN GUNA CARA UMNO BERI WANG & GANJARAN BAGI SETIAP PETI UNDI DI PERMATANG PASIR?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), semalam bagi menawarkan RM10,000 bagi setiap aduan banteras kegiatan itu yang menyebabkan bekalan gula di pasaran berkurangan sejak kebelakangan ini.
Orang ramai yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka yang menjalankan kegiatan menyorok dan menyeludup gula akan menerima ganjaran sehingga RM10,000.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya mengharapkan bantuan orang ramai bagi membanteras kegiatan itu dan ganjaran akan ditawarkan kepada mereka sehingga tertangkapnya penyeleweng bekalan gula terbabit.
"Berkuat kuasa hari ini (semalam) orang ramai yang memberi maklumat sehingga anggota penguat kuasa KPDNKK berjaya menahan penyeleweng bekalan gula (individu terbabit dalam kegiatan menyorok dan menyeludup) bakal diberi ganjaran setimpal.
"Nilai ganjaran bergantung jumlah rampasan tetapi maksimum sehingga RM10,000 akan diberikan kepada pemberi maklumat," katanya selepas mendengar taklimat anggota penguat kuasa, termasuk polis di Ibu Pejabat KPDNKK di sini, semalam.
Beliau yang melakukan lawatan kerja sehari di Perlis, turut meninjau kawalan di sempadan Perlis-Thailand di Padang Besar dan Wang Kelian selain meninjau operasi Kilang Gula Felda Perlis (KGFP) serta pemborong di sekitar negeri ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna negeri, Mansor Jusoh.
Beliau berkata, semua lori yang keluar dari kilang akan dipantau bagi memastikan penghantarannya benar-benar kepada pemborong dan seterusnya sampai kepada peniaga serta pengguna.
"Kita sudah arah kilang yang mengeluarkan gula supaya meneruskan operasi pada cuti hujung minggu bagi menampung keperluan yang meningkat," katanya.

No comments: