Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, August 17, 2009

PENGORBANAN PM PADA 31 OGOS 2009 AMAT DITAGIH DAN AMAT BERMAKNA JIKA BELIAU LAKUKAN



Situasi di negara kita amat berbeza dan kritikal dan sensitif untuk membuat sambutan hari kemerdekaan seperti selalu.Sedemikian PM harus membuat perubahan drastik dalam menangani saat itu dengan cara lebih berhemah dan selamat (Selamatkan diri & rakyat & warga asing)
Teman cadangkan PM ganti perarakan 31 Ogos dan perhimpunan di dataran Merdeka atau di dataran Putrajaya diganti dengan ucapan PM serentak dan terus ke semua TV & radio dalam masa 1 jam.Tahlil dan doa selamat serta solat hajat di Masjid & surau .Ini semua terpaksa dilakukan kerana dalam bulan Ramadhan di mana ramai peserta perarakan berugama Islam kanak-kanak ,dewasa dan tentera dan rakyat serta penonton yang hadir dan yang lebih penting disaat ini wabak penyakit selsema babi (H1N1) yang sangat merbahaya dan telah meragut ramai nyawa dan terdampar di bilik ICU hospital-hospital.
Perarakan dan pehimpunan akan melibatkan ramai manusia berkumpul dan andainya seorang pembawak wabak hadir ke perarakan itu apa yang akan berlaku? Siapa yang perlu dipersalahkan?
Fahamilah apa itu erti kemerdekaan.
Kebanyakan melaungkan atau menjeritkan perkataan "merdeka" hanya dibibir dan sekadar memacakkan bendera di hadapan rumah, namun adakah kita merasakan sesuatu nilai "kebebasan sebenar" sebagai rakyat yang merdeka, terutama aspek pemikiran dan menikmati layanan kemudahan atau faedah sebenar sebagai seorang rakyat yang merdeka.
Kita tidak mahu rakyat dibelenggu, dimanipulasi, "diperbodohkan dengan idea atau dasar yang berubah-ubah" atau kadang-kadang menjadi "pak turut".
Para pemimpin negara yang silih berganti sentiasa cuba memaksa rakyat agar akur dengan kaedah dan cara mereka berfikir dan bertindak.Kita ingin melihat minda rakyat bersih dan tidak ada elemen paksaan atau ugutan. Apatah lagi, rakyat seolah-olah masih belum menerima sepenuhnya pembangunan kerana setiap pilihanraya, isu pembangunan menjadi modal penting untuk menarik para pengundi.

Apa pencapaian atau kpi Malaysia?
Negara kita masih dibelenggu dengan isu kemiskinan rakyat (itupun setelah dibongkar dan dirayangkan dalam akhbar & media eletronik), masalah dadah, keruntuhan moral atau akhlak, kadar kemalangan jalan raya yang tinggi, aspek jenayah yang pelbagai yang semakin meningkat dan keselamatan yang dicetuskan oleh kaum pendatang, ekonomi yang masih lembab, persengketan dan percaturan politik yang tidak sihat, harmoni dan bersifat terbuka, media elektronik dan massa yang masih "bersikap berat sebelah", konsep federalisme, yang tidak dipatuhi sepenuhnya, serangan wabak selsema babi, H1N1; sekadar menyebutkan isu-isu ini, adakah seronok dan terasa meriah menyambut kemerdekaan?

No comments: