Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, August 16, 2009

AHLI UMNO ROMPIN MEMANG KAYU JIKA PARLIMEN ROMPIN TIDAK DIBUBARKAN

PAS Pahang mengucapkan ribuan tahniah di atas perlantikan Dato' Seri Dr. Jamaluddin Bin Dato' Mohd Jarjis, Ahli Parlimen Rompin sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang bertaraf menteri.
Tetapi teman ucapkan takziah pada rakyat Rompin kerana YB JJ sanggup meninggalkan Parlimen Rompin demi cita-cita beliau ingin menjadi Duta di Amerika Syarikat.
Wahai ahli-ahli UMNO Rompin dan rakyat Rompin ,tahukah anda bahawa tidak ada kwajaran seorang ahli parlimen boleh bekerja serentak dengan profesion menjadi seorang Duta waima tempat itu dekat sekalipun. Tugas Duta memerlukan tumpuan dan fokus tempat yang ditugaskan.Mana mungkin YB JJ boleh berulang-alek dari Amerika Syarikat ke Rompin ,Malaysia untuk melakukan tugas sebagai ahli parlimen yang memerlukan kehadiran di dewan parlimen.

Sedemikian rakyat Rompin dan ahli UMNO yang celik politik dan pentadbiran wajar mendesak agar Dato' Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rompin, untuk membolehkan satu pilihanraya baru di adakan bagi memilih Ahli Parlimen baru di Rompin.
Teman menyeru kepada seluruh rakyat Rompin khususnya dan rakyat negara ini amnya melihat perlantikan "tokoh buangan" serta 'Ahli Parlimen pakar raba' ini adalah usaha terdesak kerajaan UMNO/BN setelah beliau dihilangkan dari UMNO Pahang dimana sebelum ini beliau adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang.

No comments: