Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 4, 2009

PENGAKUAN BARUA YAHUDI BERTARAF MENTERI KERAJAAN BN ?


"Menteri Pertahanan Zahid mengaku bertemu dengan menteri pertahanan penganas Israel walaupun tiada hubungan diplomatik dedah BN hipokrit , hina umat islam & mangsa Palestin"

Dari Slot berita tsb :
BEIRUT, 17 Julai (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel Ehud Barak semasa Pertunjukkan Udara Paris di Perancis Jun lepas bagi menjelaskan pendirian Malaysia berhubung isu di Asia Barat.Beliau berkata pertemuan tersebut bukan atas permintaannya tetapi diminta sendiri pemimpin Israel itu dan beliau adalah satu-satunya Menteri Pertahanan yang ditemui Netanyahu."Saya mengenakan syarat kepada beliau (Netanyahu) sekiranya mahu bertemu dengan saya, iaitu tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard", dan beliau akur," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini Jumaat.
Ahmad Zahid ketika mengulas pertemuan selama 35 minit dengan Ehud Barak berkata Malaysia sentiasa berdiri teguh di belakang negara seperti Lubnan, Syria dan Palestin bagi menghentikan kekejaman Israel seperti yang disuarakan oleh negara-negara anggota Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) pada sidang kemuncak di Mesir baru-baru ini.Beliau ketika ini mengadakan lawatan enam hari ke Lubnan. BERNAMA

Komen - hebat Zahid Hamidi ni siap buat syarat dengan Ehud Barak . Bayangkan Ehud Barak tunduk dan setuju dengan Zahid ! Kenapa tiada pegawai pengiring ?Kenapa tiada jurugambar ? takut cerita sebenar bocor ke ? kenapa beria-ria benar Netanyahu nak jumpa Zahid Hamidi ni ,walaupun dah termaktub tiada hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Israel . Hairan bin ajaib ! Siapa nak jumpa siapa ni ? Siap bertegas dengan pendirian NAM terhadap kekejaman Israel ! Jarang anak melayu ni ! Atau nak kelentong 1 Malaysia ! Dalam tempoh 35 minit itu sahaja yang dibincangkan ? 1 Malaysia tidak bodoh nak percaya pada Zahid Hamidi ni!
Pertemuan Zahid dan Ehud Barak adalah bukti bahawa UMNO / BN mempunyai hubungan rapat dengan Isreal , menghina umat islam dan rakyat Palestin ! Sehingga begitu akurnya penjenayah Netanyahu kepada Zahid Hamidi !

SIAPA sebenarnya baruah YAHUDI..??
Apa Tujuan Zahid Jumpa Ehud Barak..?

Bila PAS bergabung dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, mangkuk-mangkuk dan pencacai-pencacai UMNgOk/Barisan Nasiyonal kecoh kononnya DAP tu kafir harbi... habis 1Malaysia dikecohkan kononnya PAS menggadai agama sebab bersekongkol dengan DAP kafir harbi (kata mangkuk-mangkuk hayun UMNgOk/Barisan Nasional)...

Jadi yang ini perjumpaan apa pulak..? Zahid Hamidi ni Menteri Pertahanan Negara Mana? dari parti mana?
Hari tu dah kecoh kisah Bank Malaysia jadi pusat transit dalam urusniaga senjata api antara Korea dan Myanmar... maka Obama pun berhubung dengan Najib PM untuk kepastian dan juga penjelasan dalam "diplomasi"nya dengan Presiden Amerika..? Mudahan kita dapat bongkar lagi .

Zahid met Ehud Barak, not Israeli PM 2009/07/18
Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi today explained that he never met with Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu at the Paris Air Show in France last June, as previously reported.

In a brief media statement issued by Special Officer (Media) Abd Halim Ab Majid in Kuala Lumpur today, it was explained that Ahmad Zahid had instead met with Israeli Defence Minister Ehud Barak during a cocktail function at the air show.
Previous reports mentioned Ahmad Zahid meeting with Netanyahu during the Paris Air Show in France last June to explain Malaysia's stance on the West Asia issue.

No comments: