Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 4, 2009

MCA JOHOR TERGUGAT & TERGIGIT OLEH TINDAKAN CHUA JUI MENG !

CHUA JUI MENG DIJANGKA BAKAL CALON MENENTANG MCA DI JOHOR.
Datuk Chua Jui Meng akhirnya berterus terang juga telah keluar daripada MCA kebetulan semasa kes Teoh dijumpai mati di pejabat SPRM, dan tidak yakin lagi kepada parti asalnya, seterusnya mengumumkan akan menyertai PKR.

Chua Jui Meng yang juga mantan Menteri Kesihatan di zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri telah membuat pengumuman yang mengejut itu di hadapan bos barunya Anwar Ibrahim di dalam satu majlis forum, sabtu kelmarin di sebuah hotel terkemuka di Bandar Sunway.

Tindakan Chua Jui Meng itu bakal mengundang pergolakan yang lebih serius di dalam parti terbesar komuniti China di negara ini. Ekoran daripada perkembangan politik ini, MCA dilihat akan terus dilanda krisis yang membimbangkan juga entiti kekuatan Barisan Nasional di Johor, terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan pengundi China yang ramai.

Apakah Chua Jui Meng yakin bahawa tindakannya itu akan dituruti lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin MCA yang lainnya, terutama di kalangan penyokong kuatnya? Datuk Chua Jui Meng walaupun tewas bertanding jawatan Presiden MCA di musim yang lalu, namun pengaruhnya masih bertaring, bukan sahaja di Johor malah di negeri-negeri lain juga.

Kehadiran Chua Jui Meng di dalam PKR tidak boleh dipandang mudah, kerana beliau juga bakal memberikan saingan yang hebat terhadap Barisan Nasional di dalam PRU 13 nanti. Setidak-tidakya Chua Jui Meng akan diberikan tempat oleh PKR untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen di negeri Johor menentang calon MCA/BN di dalam pilihan raya tersebut.

Dato' Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Chua Jui Meng sebagai aset kepada partinya setelah Zaid Ibrahim juga bekas menteri kerajaan BN bertindak menyertai PKR. Anwar mengharapkan kedua-dua tokoh ini dapat menguatkan jentera PKR kerana kedua-duanya memiliki gaya kepimpinan yang bakal membarisi kabinet Anwar, jika Pakatan Rakyat mampu menewaskan Barisan Nasional dalam PRU13 nanti.

Satu soalan kepada MCA ialah sejauh mana parti ini mampu menyuntik kekuatan kepada Barisan Nasional? MCA hendaklah jujur kepada Datuk Sri Najib Tun Razak - apakah penyokong-penyokong partinya masih jujur untuk bersama-sama dengan rakan-rakan komponen yang lainnya untuk memperkuatkan jentera BN menjelang PRU13? Anda meragui ?

No comments: