
Kerajaan BN telah cuai pada tahap yang teruk menangani penularan virus pembunuh H1N1 sehingga pada tahap 6 kematian dalam sehari dan jumlah kematian sudah meningkat kepada 32 orang mereka masih tidur dan berdolak dalih cuba melepas tangan dengan menuduh jangkitan adalah dari luar. Kalau di bandingkan nisbah kes, di zone WHO Regional Office for South-East Asia (SEARO), yang menpunyai 9858 kes dan terdapat 65 kematian, sekarang hampir separuh angka tersebut adalah dari Malaysia. Apa sudah jadi dengan kehebatan Najib menjadi PM dan UMNO sebagai tulang belakang kerajaan BN. PM asyik seronok berpolitik dan rakyat mati kiri dan kanan. Ada kah kematian akan terus meningkat ? Pada pandangan saya ya , Ia akan meningkat keranaHospital Sungai buluh hanya dapat membuat pengesahan ujian H1N1 hanya 300 kes sehari dan hanya 5 sample di ambil dari cluster affected area. Kerajaan gagal menambah lebih banyak pusat menguji H1N1 dan gagal menyediakan pusat kuarantin di IPTA dan sekolah.Sekarang pesakit awal H1N1 tidak dihirau lagi oleh hospital dan doktor hanya merawat pesakit dengan Penadol bagi menghadapi jangkitan virus. Ini adalah satu pengkhianatan kerajaan BN kepada rakyat. MC pun tidak di beri dan akibatnya pelajar terus kesekolah.

Wabak H1N1 bukan berlaku dalam sehari dan membiarkan ianya terus merebak ke sekolah IPTA dan mungkin ke rumah rumah dan kampung adalah satu sikap tidak bertanggungjawab kerajaan terhadap nyawa rakyat. Kerajaaan sibuk menembak gas pemedih mata , menyaman dan memburu musuh politik tetapi gagal untuk merancang mencegah merebaknya virus pembunuh yang dari awal telah di beri amaran oleh WHO sebagai pandemic dan amaran tahap 5 setakuk belum 6. Adakah Najib tahu apa makna nya amaran tahap 6. Amaran tahap 6 ialah ia boleh merebah apabila kita berselisih dengan orang di tepi jalan atau di pasar. Adakah pada tahap ini Najib baru mahu mengguna suntikan 7 billion untuk mencegah virus ?. Adakah apabila pelajar Melayu yang tidak ada zat di kampung akan di biarkan mati tanpa pencegahan yang berkesan. Perlu di beritahu di sini Najib sedikit pun tidak kisah apabila stok mask atau topeng muka sudah habis di pasaran samaada di sorok atau disembunyikan. Pelajar tidak dapat menggunakan topeng sedangkan topeng perlu di tukar setiap hari. Tidak kah Najib terfikir untuk meningkat pengeluarkan surgery mask bukan meningkatkan pengeluar kondom untuk berzina. Adakah bukan masanya Najib untuk mengaktifkan unit bio tech nya yang di kata hebat untuk menghasilkan vaksin local yang murah dan mencukupi , bukan sebaliknya menjadi peminta sedekah di pasaran antara bangsa untuk vaksin murah. Adakah Najib sedar bahawa semua katil kuarantin di Hospital sudah penuh dan rawatan telah di buat di dalam kemah. Saya tak nampak Najib akan sebok sembahyang hajat meminta bantuan dari Allah kerana dia sekarang sibuk mahu menziarahi berhala besar di Batu Cave. Saya rasa BN memang tidak belajar dari kesilapan kerana pemikiran orang UMNO dan BN adalah perut bukannya rakyat.
No comments:
Post a Comment