Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 11, 2009

AMACAM PR BUAT DEMONSTRASI MUHYIDDIN PENGKHIANAT MELAYU DI TAMAN MELEWAR PLAK ?


Teman pun heran orang UMNO nie kejap kata replika patong Anwar tak boleh ..tup-tup replika Najib dibuat betul-betul depan Batu Caves.
Lepas tu, kata demontrasi buka budaya UMNO dan BN.Yang KJ tambah pulak ,siapa yang buat demontrasi adalah beruk.Tup-tup mereka buat pula kerja demonstrasi depan dewan PWTC tempat suci UMNO pula.Apa nie?
Lebih 1,000 (1,000 apa ? manusia atau beruk) berhimpun di perkarangan Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini bagi menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataannya terhadap Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa.
Mereka berhimpun selama kira-kira 30 minit dari jam 11 pagi terdiri daripada pemimpin dan ahli UMNO daripada pelbagai peringkat yang mewakili bahagian-bahagian parti di seluruh negara serta anggota badan bukan kerajaan (NGO).
Antara NGO terlibat termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Gabungan Kelab Belia Malaysia (MAYC).
Sebaik sahaja Muhyiddin tiba di perkarangan Menara Dato Onn, laungan ‘Hidup Tan Sri Muhyiddin’ bergema sebagai tanda sokongan kepada beliau.
Selain itu orang ramai yang berhimpun di situ juga melaungkan kata-kata berbentuk kecaman terhadap Anwar.
Muhyiddin yang meluangkan masa seketika sebelum menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di situ turut bersalaman dengan orang ramai yang hadir.

2 comments:

Parti Islam SeMalaysia Zon Bukit Beruntung said...

takde FRU ke masa tu?? heheheh

Anonymous said...

Saudaraku,
sekurang-kurangnya tak nyusahkan orang lain sebab dorang buat kat tempat sendiri jer. Bukannya demo jalanan pun. Dalam islam tak suruh pun buat sesuatu perkara yang menyusahkan orang lain. Berapa ramai yang susah bila UMNO buat demo kat PWTC.

salam