Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, August 13, 2009

INILAH GAMAKNYA TEKANAN PADA BN YANG NYEBABKAN ANWAR DISERANG

Tiba-tiba selepas 24 Jam laporan polis terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dibuat, pegawai tingginya pula membuat satu pendedahan yang lagi mengejutkan.
Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.
Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.
Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Penghuni Gua : Kepada Ong Tee Keat : sila letak jawatan Menteri Pengangkutan dan juga sebagai presiden MCA. Kepada MCA terutama kepada Tim Presiden MCA, pohon adakan EGM bagi buat usul undi tidak percaya kepada presiden anda.
2. Presiden anda ini sudah menjadi liabiliti kepada kerajaan dan parti anda.
3. Inilah kalau bercakap banyak tapi kerja tak buat. Asyik nak mengenakan orang sahaja.
4. Kepada PM, gugurkan beliau dari jawatan menteri. SPRM sila siasat jika terdapat unsur rasuah. Ia menteri yang berkaitan dengan pelabuhan jadi memang ada unsur rasuah di dalam isu sumbangan RM 10 juta kepada Ong / MCA.
5. Sekali lagi kepada PM, tamatkan sahaja segera kerjaya Menteri ini. Ia merosakkan nama baik kerajaan dan negara. Buat meletihkan PM sahaja .

SPRM jangan buat tak perasaan pula. Siasat dan tuduh mereka ini secepat mungkin sekiranya mempunyai bukti. Jangan melambatkannya. Inilah di antara perkara-perkara yang merosakkan nama kerajaan walaupun yang melakukannya hanya atas sifat individu dan parti. Tendang mereka ini keluar dari kabinet jika benar.

No comments: