Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, August 13, 2009

DARIPADA ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA AKAN MENEMUINYA




Takziah kepada keluarga Allahyarham Asri bin Ibrahim.Semoga keluarganya bersabar menempuh dugaan ini.
Kebetulan sesekali jumpa beliau kerana ada anak Allahyarham bersekolah di sekolah tempat anak saya juga.
Menurut akhbar online Berita Harian, Asri Ibrahim ketua kumpulan Rabbani meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Beliau meninggal dunia ketika berusia 40 tahun pada lebih kurang jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham dilaporkan pengsan ketika mengjalani penggambaran bagi rancangan Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Rakannya Azdan yang dipetik Berita Harian berkata bahawa jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Beliau yang popular dengan gelaran Ustaz Asri Rabbani dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

No comments: