Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, July 3, 2009

PRESIDEN PMIUM DAKWA ROSMAH MELAKUKAN DOSA_DOSA BESAR?

Shazni: Peguam tidak benarkan saya keluar

Kuala Lumpur 3 Julai 11:44a.m?Shazni Munir Ithnin menyatakan tidak mendapat kebenaran peguam untuk keluar bagi membantu penyisatan seperti yang diminta polis.
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang juga antara suspek yang dicari polis bagi membantu siasatan kes contengan protes ‘anti-Rosmah’ yang sehingga kini telah mengheret dua orang mahasiswa universiti tersebut ke mahkamah.
“Walaupun saya tegar memegang pada prinsip berani kerana benar, namun peguam telah menasihati saya supaya tidak menyerah diri kepada pihak polis pada masa sekarang atas pertimbangan- pertimbangan tertentu,” kata Shazni Munir Mohd Ithnin seperti yang dilaporkan Malaysiakini.
“Saya nak tanya pihak polis, atas alasan apa untuk terus-terusan mencari saya sebagai suspek? Sebab saya konsisten menentang kerajaankah?
“Atau sebab saya ini presiden PMIUM dan mereka yang dituduh ahli PMIUM? Macama tu ke? Atau bagaimana?,”ujar beliau lagi dalam blognya, Perubah Zaman.
Menulis di blognya juga, Shazni Munir sebaliknya menuntut Rosmah yang didakwanya melaku “dosa-dosa besar” diseret bersama ke muka pengadilan dalam kesnya.
“Ya, baru adil, kerana Rosmah dan saya sama-sama bebas sekarang,
” katanya.
Peguam beliau cuba dihubungi tetapi gagal.
Dalam pada itu, persatuan pimpinannya juga dikritik hebat oleh beberapa penyokong dan alumni. Maklumat dalaman persatuan itu menyebut kegiatan asasi mereka berjalan seperti biasa.
Dimaklumkan juga persatuan tersebut dalam proses mengumpul bantuan kewangan kepada Izzudddin Hilmi dan Syahrul Deen yang terpaksa membayar wang ikat jamin RM5500.-um-today

No comments: