Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, July 5, 2009

BENARKAH AJARAN KAHAR SEPESIS AYAH PIN /

Teman pun heran bila JAIS beria-ria nak tangkap Kahar ni dimana beliau dilihat masih dalam kawasan tempat tinggalnya di Hulu Kelang.Tetapi mengapa penduduk di situ tidak mahu merebutpeluang RM10,000 itu.Teman pun tiada idea kenapa, padahal penduduk di situ pun tida setuju dengan ajarannya.

KUALA LUMPUR - Sesiapa yang mengetahui di mana Abdul Kahar Ahmad Jalal yang mendakwa dirinya sebagai 'nabi' bersembunyi akan diberi ganjaran wang tunai RM10,000.
Tawaran itu diberikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat tepat sehingga Abdul Kahar ditangkap.
Risalah berhubung tawaran itu ditampal di papan kenyataan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.
JAIS membuat tawaran itu setelah usaha mengesan Abdul Kahar gagal sedangkan kes berhubung penyelewengan agama yang dibawanya sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Abdul Kahar yang memegang kad pengenalan bernombor 500427-10-5719 diminta menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JAIS di talian 1-800-88-2424, 03-55190930 atau 03-55190398.
Abdul Kahar, 59, didakwa buat pertama kali di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 17 Ogos 2005 atas lima tuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.
Tuduhan yang dihadapi Abdul Kahar ialah mengisytiharkan dirinya sebagai rasul orang Melayu zaman ini, mempersenda ajaran Islam dan mendakwa ibadat haji perkara sengaja diada-adakan kerajaan Arab Saudi untuk mengaut keuntungan.

No comments: