Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 16, 2009

FAKTA YANG BOLEH MEMBELIAKKAN MATA ORANG UMNO YANG SUKA PERKATAAN KUDA !

Teman suka & cuba menunjuk ajar pembaca BN terutama UMNO yang masih kurang faham.Teman tidak kisah kalau mereka masih dan mahu setia dengan parti yang dah berumur 51 tahun tapi penakut yang amat untuk menghadapi pilihanraya kecil terutama jika DUN Perak dibubarkan. Cuma ,bila mereka kata PAS diperkuda atau diperkeldaikan maka mereka harus amati fakta sebelum dan selepas PRU12 baru boleh kata tanpa merapu.Fakta di Perak & di Pulau Pinang memang bagus diperjelaskan dan dihalusi siapa yang diperkuda.Maaf pada sahabat se Pakatan Rakyat jika penjelasan ini menimbulkan salah faham .Terpaksa nak terangkan pada orang yang baru mengenali UMNO.

FAKTA 1 PERAK SELEPAS PRU12 : Keputusan PRU 12 hanya memberi 6 kerusi pada PAS... Masih ada juga orang UMNO yang mahu pertikaikan ini...? Persoalannya ialah TIDAK HEBATKAH PAS? TIDAK HEBATKAH PAS APABILA MENANG 6 KERUSI TAPI MASIH MENJADI MB? sudah tentu jawapannya sangat HEBAT...

TETAPI HEBATKAH UMNO DI PULAU PINANG bila menang 12 kerusi DUN berbanding 7 kerusi DUN diperolehi GERAKAN tapi membonekakan diri kepada GERAKAN dengan memberi jawatan Ketua Menteri (KM) kepada GERAKAN...? MANA KETUANAN MELAYU Oi!? maka sudah pasti UMNO tak hebat....! Sekali lagi institusi MELAYU di perlekeh....

Sedikit bingkisan sejarah PRU.....


1990-1995 (GERAKAN MENJADI TUNJANG UMNO)
Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi 7 kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi.

Sepatutnya, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, kerana terlalu bijak atau bangang, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan. Malah, kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh Umno kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka.

1996-2000 (GERAKAN MENDAHULUI UMNO MEMEGANG TAHKTA)
Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Umno tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.

Lihatlah bagaimana survival orang Melayu Pulau Pinang hari ini yang gagal di tangani oleh Umno sehingga terpinggir dan terpaksa lari ke luar kawasan seperti Kulim atau Selama.

Mana dia suara yang melalak dan melolong ketuanan Melayu itu? Apakah kerana Pulau Pinang tiada beraja maka Pulau Pinang boleh diserahkan kepada bukan Melayu sebagaimana Singapura dahulu? Siapa sebenarnya yang jadi yang menghina dan menggadaikan melayu..??

1 comment:

Parti Islam SeMalaysia Zon Bukit Beruntung said...

syeikh!! teman sokong bebenor dengan artikel mike nih!!

bagi bukak mata sikit manusia2 melayu yang terlalu lama diperbodohkan ni!
Biar nampak bodoh tapi kalau betul2 bodoh jangan bagitau orang!!