Manik Urai boleh dijadikan satu tesis politik kepada yang ingin buat tesis. Satu universiti politik terbuka kepada yang ingin ambil iktibar. Tak kira UMNO atau PAS, boleh buat banyak pedoman.
Bayangkan masa inilah mereka sanggup datang makan bersila dengan rakyat .Ada yang sanggup tidur di rumah penoreh dan bangun pagi-pagi pergi menolong menoreh.Busuk bau getah kena buat-buat macam biasa sahaja.Betulkah mereka menoreh dan berapa orang yang terlibat ...tak tahulah kita.Ada yang makan pucuk ubi cecah dengan budu pun sanggup. Budu yang dianggap busuk bagi setengah pemimpin besar dari 'KL' nescaya akan berbau harum pada masa pilihanraya kecil di Manik Urai. Di suruh minum segelas ada yang mungkin sanggup minum satu jag sambil berkata "memang saya sangat suka budu".
1. Kepada pemimpin UMNO, dapat melihat satu kematangan berpolitik rakyat kelantan. Mereka tidak mudah diperdaya oleh ayat ayat auta seorang pemimpin. Hayatilah, mereka bukannya dambakan seorang pemimpin yang bertali leher dan berimej korporat tetapi pemimpin yang berjiwa rakyat.
2. Kepada pemimpin PAS. Lihatlah rakyat di sana, tetap setia kepada pemimpin yang ikhlas. Tetapi tidak segan silu akan menolak pemimpin yang berpura pura dan lari dari perjuangan.
3. Kepada penyokong PAS dan perjuangan Islam, hayatilah kesetiaan dan istiqamah mereka. Mereka rela menolak segalanya asalkan prinsip perjuangan islam tetap tergalas di bahu mereka. Nanti di sana anda akan dapat melihat rumah rumah di celah pokok getah(walaupun bukan semuanya). Hidup mereka di sana rata rata kerja kampung, tetapi mereka lebih matang dan bertegas dalam mempertahankan prinsip berpolitik. Merekalah gambaran apa yang berlaku di kelantan. Iklim politik di sana boleh berubah sekelip mata seandainya pemimpin terlalu memandang rendah kepada tanggungjawab agama seorang pemimpin.
Jika sekiranya ada sesuatu tindakan yang agak sambil lewa oleh pemimpin nescaya mereka tidak berfikir panjang akan meluahkan melalui undi mereka. Di sinilah kompleksnya rakyat kelantan berpolitik. Mereka boleh terus membahas dan berhujah ketika mereka menonton berita TV3 sekalipun. Mereka tidak menelannya bulat bulat. Mungkin kerana sudah tradisi orang orang kelantan mengaji agama dan selalu mendengar perbahasan dan huraian hadis dan tafsir, maka fikiran kritikal menjadi sebahagian dari amalan mereka.
Semoga Manik Urai menjadi satu tempat yang dapat merapatkan kembali pemimpin pemimpin PAS. Kerana rakyat sangat celik. Jangan kamu anggap rakyat tidak mengerti dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Kepada pemimpin UMNO, lihatlah sendiri keikhlasan pemimpin kamu yang memerintah negara zaman berzaman. Lihatlah pemimpin anda melayan rakyat malaysia. Lihatlah, Manik Urai bukan berada di myanmar, bukan di indonesia tetapi di malaysia.
Kepada pemimpin pemimpin yang selalu berdegar degar bertempik pasal 'melayu', lihatlah melayu kamu di Manik Urai. Lihatlah betapa kamu melayan bangsa kamu sendiri dengan 'adil'nya. Di Manik Urai kamu boleh serlahkan betapa kamu ini berfikiran 'demi melayu'. Inilah simbul kamu mencabut keris dan menciumnya di perhimpunan kamu, 'demi melayu'.
Duduk dan hayatilah di sana. Kamu akan nampak bahawa kamu seorang yang ikhlas atau tidak 'demi melayu' kamu itu.
Harap datanglah PERKASA ramai ramai ke Manik Urai. Brahim Katak boleh ajak Cet Det, berkampung dan bertempik di sana. Lihatlah suasana hidup rakyat melayu yang kamu bela selama ini. Lihatlah hasil realiti di Manik Urai bahawa kamu tidak pernah bersikap double standard terhadap melayu. Lihatlah di sana kamu tidak pernah mengkhianati melayu hingga membiarkan negeri melayu bersusah payah membela orang melayu.
Penulis politik, pengulas politik di TV dan pensyarah politik yang sering berbahas demi keutuhan bangsa melayu, pergilah celik di sana. Buka mata kamu luas luas dan lihatlah bagaimana satu negara yang bernama malaysia yang di pimpin oleh orang melayu, melayan rakyatnya dengan layanan kelas pertama.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment