Wahai rakyat & pembaca blog sekelian,lihat lah kebangangan & kedunguan orang UBN meletakkan punca runtuh adalah disebabkab Sijil Siap Kerja yang belum diperolehi.
KUALA TERENGGANU: Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dekat sini yang runtuh pagi semalam tidak memiliki Sijil Siap Kerja yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri, Ghazali Hashim, ketika mengesahkan perkara itu, berkata bumbung berkenaan adalah antara kemudahan di stadium itu yang belum diberikan sijil berkenaan.
Mengikut amalan kerja, katanya, JKR akan mengeluarkan Sijil Siap Kerja terhadap bangunan milik kerajaan yang sudah siap dibina.
“Hanya kemudahan seperti trek, padang selain beberapa tempat di luar stadium telah diberikan sijil itu. Sijil ini telah dikeluarkan semasa penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) pada 31 Mei tahun lepas.
“Bumbung stadium masih belum diberikan sijil tersebut kerana masih dalam tempoh kecacatan (jaminan),” katanya ketika ditemui selepas mengiringi Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek meninjau stadium berkenaan hari ini.
Ghazali berkata, sebelum ini jururunding yang dilantik telah memaklumkan kepada JKR bahawa bangunan stadium berkenaan sudah siap.
“Bagaimanapun, kita masih menunggu komen daripada pihak kontraktor berhubung keupayaan struktur bumbung stadium itu sebelum mengeluarkan sijil ini,” katanya.
Berikutan insiden runtuhan itu, beliau berkata pihaknya akan berurusan dengan kontraktor utama stadium tersebut dan bukannya syarikat kontraktor dari Korea Selatan yang merupakan subkontraktor dan bertanggungjawab memasang bumbung tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, katanya stadium berkenaan dijangka ditutup selama enam bulan bagi membolehkan siasatan terhadap insiden runtuhan itu dijalankan.
Beliau berkata, dalam tempoh itu, kerja-kerja membersih dan membaik pulih stadium berkenaan juga tidak akan dilakukan. – Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment