Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, June 5, 2009

HARI BERSEJARAH BAGI PAS PAHANG PADA 9 JUN INI !

Nik Aziz bakal rasmi bangunan PAS Pahang, 9 Jun
TEMERLOH, 1 Jun (Hrkh) - Bangunan PAS Pahang di Jalan Dato' Bahaman 3 akan dirasmikan pada 9 Jun ini jam 4.50 petang oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Ahmadi berkata, program berkenaan dijangka akan turut dihadiri para pemimpin Pakatan Rakyat daripada Parti KeAdILan Rakyat dan DAP selain para pemimpin PAS dari kawasan dan cawangan seluruh Pahang serta para penyumbang Dana Bangunanan PAS negeri.

Pada sebelah malamnya, Tuan Guru akan berceramah bersama Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Tuan Ibrahim Tuan, Pengerusi KeADILan Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman serta Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Rasah, Negeri Sembilan di tapak Kompleks Perhubungan PAS Pahang di Kerdau.

Menurut Roslan, Tuan Guru turut diberi penghurmatan menyampai cek kepada empat waris peserta Dana Taqwa�ItiQa yang menerima manfaat berjumlah RM24,000 ringgit.

No comments: