Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, June 15, 2009

SESIAPA YANG TAHU SIAPA 3 DATUK INI ,SILA HABAQ CEPAT , TAKUT LARI !

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yakin betul ada kes untuk mendakwa tiga lelaki bergelar Datuk yang juga ahli lembaga pengarah syarikat kontraktor utama projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2).

Sumber berkata, siasatan sudah siap dan kertas siasatan juga sudah diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan yang akan memutuskan sama ada untuk mendakwa atau tidak.

Malah, keterangan ketiga-tiga ahli lembaga pengarah itu termasuk seorang bekas Ahli Parlimen di Terengganu juga sudah direkodkan sebelum kertas siasatan disiapkan.

"SPRM memandang serius kes ini kerana ia membabitkan kepentingan dan keselamatan orang awam. Malah ia juga membabitkan peruntukkan kerajaan yang besar untuk projek rakyat.

"Semua mereka yang ditangkap minggu lalu, sudah dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM20,000 seorang. Ketika ini SPRM sedang menyiasat pembabitan individu lain dalam kes itu," katanya kepada Berita Harian.

Rabu lalu, SPRM menahan seorang Ahli Dewan Negara dan bekas Ahli Parlimen itu kerana disyaki terbabit dalam rasuah RM3 juta membabitkan projek MRR2 yang didakwa kononnya untuk sumbangan bagi mengisi dana sebuah parti politik.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada 1999, ketika mereka menjadi ahli lembaga pengarah syarikat yang menjadi kontraktor utama MRR2.

Sementara itu, Umno mahu SPRM menyiasat terperinci dakwaan kononnya wang RM3 juta yang dikaitkan dalam kes rasuah berkenaan adalah untuk sumbangan kepada dana Umno.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata jika siasatan dakwaan itu benar, SPRM perlu menentukan kesahihannya sama ada ia digunakan untuk mengisi dana Umno pada peringkat bahagian atau negeri.

"Kita tidak boleh membuat sebarang andaian mengenai perkara ini, lagi pun mana Umno ada tabung untuk dana seperti yang didakwa," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, Umno akan membuat keputusan mengenai kedudukan dua 'Datuk' yang juga pemimpin Umno negeri berdasarkan tindakan SPRM, sama ada daripada segi disiplin atau menggantung jawatan mereka jika didakwa di mahkamah.

No comments: