Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, June 15, 2009

SEMUA NEGERI TERUS HANTAR PENYOKONG & PENDOKONG KE MANEK URAI !



Kemenangan Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini, amat penting sebagai bukti untuk menunjukkan sokongan rakyat di kawasan itu kepada kerajaan negeri tetap utuh seperti ditunjukkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac tahun lalu.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kemenangan Pas di Manek Urai juga sesuatu yang amat penting kerana pilihan raya kecil itu adalah peluang untuk terus memperkasakan kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama yang memerintah Kelantan sejak hampir 20 tahun lalu.

Justeru katanya, rakyat Manek Urai termasuk penyokong Pas sendiri diharap agar tidak mudah terpedaya dengan kempen Barisan Nasional (BN) yang meminta supaya kemenangan pada pilihan raya kecil itu diberikan kepada calon BN dengan alasan ia tidak akan menggugat kerajaan negeri sedia ada.

Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang berkata, rakyat khususnya pengundi di Manek Urai juga diminta supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai projek pembangunan yang dijanjikan jika BN menang di kawasan itu kerana semuanya hanya sekadar janji untuk memenangi pili-han raya kecil berkenaan.

Menurutnya, BN tidak perlu menunggu sehingga memenangi pilihan raya kecil itu jika benar-benar ingin membawa pembangunan di Manek Urai kerana ia mampu dilaksanakan menerusi pelbagai agensi kerajaan sedia ada seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Lembaga Kemajuan Kelan-tan Selatan (Kesedar).

“Kalau kata BN janjikan pembangunan, rakyat Manek Urai telah beri peluang kepada calon BN menang pada pilihan raya umum 2004 lalu dan menjadi wakil rakyat mereka selama satu penggal tetapi cuba tunjukkan kepada saya, pembangunan apa yang dibuat oleh ADUN BN sepanjang tempoh itu.

“Kalau rakyat Manek Urai beri juga peluang sekali lagi kepada BN, maka mereka yang akan rugi sedangkan pilihan raya kecil ini peluang untuk kita menyatakan sokongan dan memperkasakan kerajaan negeri yang ada sekarang serta sebagai bukti bahawa rakyat di sini (Manek Urai) tetap menolak BN,” kata Abdul Latiff.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan sehubungan itu meminta rakyat Manek Urai supaya kekal memberikan sokongan kepada calon Pas pada pilihan raya kecil itu nanti bagi memastikan agenda kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjaga kebajikan rakyat dapat diteruskan.

No comments: