Tentu sdr/i terkejut dan kesal bila baca kenyataan di atas. Saya ada mengikuti sampai habis rancangan kendalian Syed Munawar itu semalam kerana amat teruja. Sampai payah mau tidur selepas itu...

Sejarah (dan subjek sejarah) nampak "benda remeh" dan "tidak canggih" sehingga budak-budak sekolah buat acuh tak acuh. Sebenarnya sejarah sangat penting dan sangat besar kesannya dalam membentuk set pemikiran (seterusnya tindakan). Anda tahu kenapa Malaysia kalah dalam kes Pulau Batu Putih (sebagai satu misalan)? Cuba tanya sdr. Ismail, ahli baru SAM yang ada ikut kes itu secara langsung di ICJ, Belanda. Saya cuma beri klu - "Sejarah..."
Berbalik kepada kenyataan di atas, benarlah kata orang yang benar bahawa kita semestinya bercakap benar dan berani kerana benar. Sejarah tidak patut "ditapuk-tapuk" atau "diubahsuai" ikut nafsu/perasaan apa lagi sekadar untuk "menyelamatkan perpaduan politik sementara". Kerana kesannya sangat besar di kemudian hari. Saya tidak akan panjangkan. Memadailah untuk merangsang kita sama berfikir dan menyelidik sejarah sekeliling kita...diri kita...orang kita...PEMIMPIN KITA...
No comments:
Post a Comment