Pandemik Selsema
Pandemik atau Wabak Global selsema Influenza A(H1N1) sudah mencapai ke tahap 6 dengan patogenisiti yang berkadar sederhana. Namun sekatan sempadan antara negara2 tidak diperlukan. Urusan ke luar negara yang tidak begitu perlu dinasihatkan ditunda. Tumpuan yang lebih diberikan kepada pendidikan komuniti dan rawatan pesakit2.
Perkara2 berikut boleh dipertimbangkan:
1. Penggunaan penutup muka.
Penutup muka boleh digunakan untuk melindungi ampaian dalam udaran hembusan nafas dari merebak kepada diri kita atau kepada orang lain. Ini lebih perlu jika anda berada di tempat yang sangat ramai orang. Sebenarnya tidak ada kelebihan sangat topeng yang murah atau mahal. Yang pentingnya topeng itu perlu dilupuskan dengan cara yang betul selepas digunakan. Jangan buang di merata2 tempat atau biarkan kanak2 bermain dengannya. Tidak sepatutnya digunakan topeng yang sama selepas 24 jam.
2. Basuh tangan
Apa2 jenis virus pun boleh terampai dan akhirnya jatuh ke permukaan meja, perabut atau pakaian. Basuhlah tangan dengan lebih kerap. Ada pencuci tangan kering di pasaran sekarang yang tidak perlukan air atau pengelap. Elakkan dari menyentuh muka atau mata dengan tangan yang belum dicuci.
3. Vaksin
Buat masa ini vaksin untuk virus pandemik belum ada. Sekurang2nya 6 bulan lagi diperlukan untuk pembikinan vaksin yang selamat dan berkesan untuk virus nobel seperti Influenza A(H1N1). Walaubagaimanapun penggunaan vaksin untuk virus inluenza A bermusim boleh diteruskan. Elakkan mengambil vaksin jika anda ada sejarah alahan kepada protein telur, ayam, formaldehyde atau octoxinol. Begitu juga jika anda sedang demam atau mengambil ubat2 yang mengandungi steroid.
4. Osetalmivir
Osetalmivir atau nama komersialnya Tamiflu atau FluHart adalah ubat anti-virus yang berkesan. Ia boleh digunakan untuk mengubati dan mencegah jangkitan influenza. Pencegahan secara meluas tidak praktikal/ekonomikal dan boleh menyebabkan wujudnya strain virus yang tegar justeru ubat ini tidak berkesan lagi. Seyogianya pengambilan ubat ini untuk tujuan pencegahan dihadkan hanya untuk pekerja2 kesihatan yang merawat pesakit semasa wabak selsema atau mereka yang perlu ke negara yang berisiko tinggi sahaja.
5. Solat Hajat.
Semua individu Islam dlam dunia Allah ini secara berseorangan atau berjemaah harus melakukan solat hajat dan berdoa agar dijauhkan dan mohon Allah hentikan bencana ngeri ini.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment