Tidak disangkal lagi pagi ini terpapar diskrin tv bahwa DUN Jawi meletak jawatan , Tan Beng Huat, yang didakwa terbabit dengan kes penyelewengan tuntutan yang sudah menandatangani surat peletakan jawatan sebagai ADUN pada hari ini. Bagaimanapun, surat tidak bertarikh itu hanya akan berkuat kuasa sekiranya siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati beliau bersalah terhadap tuduhan itu.
Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, berkata Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng yang mengarahkan sendiri supaya surat berkenaan disediakan.
Rakyat boleh lihat DAP sungguh proaktif dan tidak berkrompomi langsung dengan sesuatu yang ada kaitannya dengan rasuah walaupun jumlah yang terlibat terlalu kecil - RM2,000 sahaja.
Jauh berbeza dengan parti kaya yang memerintah Malaysia yang masih berdolak dalik dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat mereka yang diketahui ada kes rasuah dengan nilai suapan yang jauh lebih besar. Malah ada yang masih kekal dengan jawatan Menteri Besar tanpa ada sedikit pun rasa malu kepada rakyat yang sedang mentertawakan mereka.
Dalam hal rasuah ini nampaknya Lim Guan Eng dan DAP menunjukkan mereka cakap serupa bikin. Tabik spring kepada Guan Eng!!
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Islam ke DAP tuh?? Islam UMNO? pikir le sendiri..
Post a Comment