Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, June 11, 2009

AKIBAT TERLEPAS PANDANG AHLI PARLIMEN BN TERKEJUT BERUK MELIHAT KEDAIFAN KG TONG BATU , SABAH.


PENDUDUK kampung Tong Batu, tujuh batu nautika daripada tanah besar Lahad Datu terpaksa bermesyuarat di atas jeti 'kayu rejek' yang baru siap kerana tidak mempunyai balai raya.

Menurut Ahli Parlimen Malaysia (Silam), Haji Salleh Haji Kalbi, beliau terkejut kerana kampung berkenaan dipinggirkan daripada arus perdana pembangunan negara sehingga tidak langsung mempunyai kemudahan asas sedangkan ianya menjadi kubu kuat Kerajaan Barisan Nasional sejak 1994.

"Saya tidak tahu di mana silapnya kerana ketika saya tiba ramai orang di atas jeti, saya menyangkakan ada kecelakaan atau kematian. Kasihan, mereka tidak mempunyai balairaya untuk tempat berhimpun. Surau mereka juga sudah terlalu uzur," ujar Salleh yang terpaksa menyampaikan ucapan di atas jeti berkenaan walau dibakar mentari terik.

DAIF... Apalah nasib anak cucu mereka kelak jika pembangunan semakin menyepi?
Kata Salleh, senario ini amat memalukan kerana ianya berlaku di zaman Malaysia menghantar Angkasawan ke angkasa lepas, namun masih mempunyai kampung yang terjatuh ke jurang kemiskinan sedangkan ianya terletak di tubir mata para pemimpin yang hanya datang untuk meraih undi dan meninggalkan mereka dalam kebingungan selepas pilihanraya atau pemilihan pucuk pimpinan UMNO.

Bagi memastikan kampung tradisi ini tidak terpinggir, Salleh telah memasukkan kampung ini sebagai salah satu destinasi pelancongan maritim untuk produk Homestay kerana mempunyai alam sekitar yang indah dan kaya dengan nilai estetika masyarakat Bajau.

Tidak boleh tidak, kata Salleh, Pejabat Daerah Lahad Datu dan Jabatan Pembangunan Sabah (SDO) harus turun padang untuk menaikkan taraf kampung berkenaan yang sewajarnya sudah dibangunkan tiga dekad lalu.

"Kita seperti berada di sebuah daerah terasing sedangnya ianya berada di Pulau Sakar yang boleh dilihat daripada Bandar Lahad Datu. Kenapa mereka harus menderita atas kecuaian pemimpin terdahulu," ujar Salleh yang telah meluluskan beberapa projek kecil termasuk membantu penduduk kampung mewartakan kampung berkenaan.
Jika boleh kata Salleh, beliau akan memastikan Kemas mendirikan sekolah tadika kerana bilangan kanak-kanak pra sekolah semakin ramai namun ibu bapa mereka tidak dapat menghantar anak mereka ke tanah besar yang agak jauh dan membahayakan.

"Mereka patut membina sekolah kerana penduduk sudah meningkat melebihi 300 orang dan terpaksa bersekolah di Sekolah Tanjung Paras selepas mengharung ombak," ujar Salleh yang sedang merancang kerangka pembangunan kampung berkenaan agar bersedia menerima pelancong pada penghujung tahun ini.

No comments: