Bila Pak Karamu laporkan KEMPEN DAHSYAT UMNO DI MANIK URAI memang terbayang teman kesungguhan puak UMNO dengan segala orangnya datang awal dan tinggal di rumah-rumah orang kampong yang kebanyakan adalah penoreh getah.Mungkin mereka bajet tinggal sebulan di Manik Urai.Dua buah lori kontena yang disumbangkan oleh Syarikat Bintang yang berpusat di Rawang sudah tentu akan diisi stok barangan yang akan disumbang ke keluarga angkat mereka.Ini belum masuk konsep satu arahan seperti yang dikata oleh TPM Tan sri Muhyiddin.
SPR memberi dokongan pada UMNO dengan memnambah dan membuat undang-undang baru.SPR juga memberi kekangan kepada pengundi yang kerja jauh dari Kelantan untuk pulang mengundi.Tujuan SPR mengadakan Pilihanraya dan penamaan calun pada hari bekerja memang bagi menyusahkan penyokong PR.Kalau boleh pengundi luar mereka sekat agar tidak mengundi dan kemungkinan dari 'risikan' pengundi yang tidak balik akan diganti dengan pengundi UMNO.Sebab itu mereka(SPR) menggunakan ramai polis yang akan memberi maklumat terperinci setiap minit pergerakan keluar masuk pengundi agar setiap ruang kosong akan dipenuhi pengundi UMNO.
Kempen UMNO di Manik Urai sangat luar biasa dan telahpun bermula, kempen yang di perkenalkan ialah ahli UMNO di minta turun beramai-ramai membantu penduduk kampung memotong getah bersama pekebun getah di Manik Urai
Kempen oleh UMNO kali ini benar-benar mereka berkehendakkan kemenangan bagi memulihkan semangat UMNO yang sedang nazak, andai Manik Urai jatuh ketangan UMNO itu menandakan UMNO mula bangun dan PAS mula pudar.Itulah modal media mereka jika menang.
Pakatan rakyat harus turun habis-habisan
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
2 comments:
dulu UMNO buat projek mee segera orang kampung tidak berapa rasa tempiasnya, tetapi sekarang UMNO duduk dengan mereka, sudah tentu dapur mereka sentiasa berisi dan beras bergantang gantang yang diterima (jika bukan rasuah, tak tahu lah apa istilah, ini akan membuat orang kampung secara terus menerima rasuah dari UMNO, maka peluang kemenangan pasti cerah... saya teka peluang UMNO-PAS di Manik Urai ialah 70%-30% (entah darimana mereka dapat duit tanpa bekerja selama sebulan ditambah pula kena sponsor tuan rumah pulak tu, PAS harap perjuangan sangat tidak relevant terhadap kaum petani).
Siapa pilihan anda?
Pilih di sini...
Siapa Akan Terpilih : Husam, Mat Sabu atau Nasharuddin Mat Isa?
Post a Comment