Teman heran pada PM kita , sampai bila beliau terus menjawab pertanyaan media/wartawan dengan jawapan beliau dah bersumpah tidak terlibat dan tidak kenal Altantuya?Adakah orang bukan Islam boleh terima dengan bersumpah.Kalau begitu senanglah mahkamah kita kalau cara bersumpah boleh bersihkan dari tudahan merompak,membunuh dan meragut.OKT(Orang Kena Tuduh) di mahkamah hanya angkat tangan kanan dan bersumpah mengatakan diri mereka tidak bersalah dan selesai satu kes.
Dunia masih memepertikaikan malah kami rakyat Mlaysia juga pelik bagaimana maklumat imegresen kemasukan sepupu Altantuya hilang dam komputer?Kes bom C4 belum jelas , bagaimana boleh dengan mudah digunakan ,siapa yang berkuasa mengarahkan?
Walaupun sudah beberapa tahun Altantuya Shaaribu, model jelita Mongolia itu dibunuh dengan kejam, namun namanya masih disebut-sebut. Seolah-olah 'hantu'nya sentiasa hidup dan terus hidup. Kelmarin, di Shah Alam, Pemuda PAS Pusat meluluskan usul untuk dibahas yang antara lain ialah membersih nama baik Najib Tun Razak yang tercemar kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan Altantuya dengan menyeru Najib menyaman semua pihak yang mengaitkannya dengan pembunuhan kejam itu.
Itu cerita hantu Altantuya yang merasuk suara perwakilan PAS di Shah Alam. Tapi hantu Altantuya bukan saja kelihatan di Shah Alam kelmarin, tetapi juga di Beijing. Ia berlaku apabila Najib yang dalam lawatan resminya ke China telah ditanya tentang kes pembunuhan kejam gadis Mongolia ini oleh wartawan Associated Press.
Najib yang kelihatan tidak senang dengan rasukan hantu Altantuya ke atas wartawan yang menanyanya itu dilaporkan berkata, “Saya tak ada kena mengena dengannya.Tidak ada bukti.”
Memang tidak ada bukti Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Sebab itu dia perlu membersihkan namanya. Sebab itu dia perlu menyaman Raja Petra dan Balasubramaniam yang menyatakan mereka mempunyai bukti Najib terlibat dalam pembunuhan keji itu. Najib perlu membuktikan bahawa bukti yang ada di tangan Raja Petra dan Balasubramaniam itu adalah tidak benar. Najib juga perlu berani membawa balik Bala ke Malaysia bagi dibicarakan atas tuduhan memfitnahnya.
Selagi Najib tidak berani membersihkan namanya, selagi itu orang tetap percaya dia terlibat dalam pembunuhan itu dan selagi itu hantu Altantuya akan terus beterbangan dan merasuk ke seluruh asmosfera dunia!
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment