Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, June 14, 2009

KEMENANGAN UNTUK KEBANGITAN ISLAM SELURUH DUNIA

Media Kerajaan BN sebelum ini menggambarkan seolah-olah Mahmoud Ahmadinejad akan mendapat tentangan yang teramat hebat dari lawannya namun akhirnya mereka termalu sendiri.Malah Amerika Syarikat yang kununya diketuai Obama yang ingin membaiki hubungan dengan Negara Islam masih enggan menerima kenyataan Mahmoud Ahmadinejad memenangi pilihan raya Presiden Iran dengan mendapat 62.6% undi dan menyatakan ia akan melihat kepada dakwaan berlakunya penipuan pilihanraya.
"Kami memantau situasi semasa di Iran tetapi seperti masyarakat dunia lain, kami menunggu dan melihat apa yang rakyat Iran putuskan," kata Setiausaha Negara, Hillary Rodham Clinton, pada sidang media bersama Menteri Luar Kanada, Lawrence Cannon.
Walaupun Amerika di bawah Obama menjanjikan satu dasar luar yang lebih liberal berbanding Bush, namun setakat ini nampaknya polisi luar negara antara kedua tokoh itu dua kali lima sahaja. Mereka tetap melihat setiap keputusan yang memihak kepada Islam dengan wajah penuh curiga. Yang paling aneh jika puak yang ingin bermuqabalah @ berunding dengan Barat menang mereka akan memberikan sokongan penuh dan jitu, tapi jika yang menang adalah dari kem anti-muqabalah @ anti-rundingan dengan Barat, mereka akan menentang dan tidak mengiktirafnya.
Apabila Ahmadineejad menang, keputusan rakyat Iran itu sukar diterima oleh Amerika dan Barat. Begitu juga apabila Hamas menang dalam pilihanraya parlimen Palestin dahulu, Amerika tidak mengiktiraf kemenangan itu. Tapi apabila Fatah yang pro-Amerika mengusir Hamas yang dipilih rakyat dari tampuk kuasa melalui jalan kekerasan, Amerika yang kononnya pemimpin demokrasi dunia itu tidak melihatnya sebagai sesuatu yang tidak demokratik. Perkara yang sama pernah juga berlaku di Algeria pada 1991 apabila Barisan Penyelamat Islam (Islamic Salvation Front - FIS) menang besar dalam pilihanraya Algeria, Amerika juga tidak mengiktirafnya sebaliknya menyokong regim diktator pro-Amerika yang enggan menyerahkan kuasa kepada FIS dan terus mmerintah sehingga kini. Itulah Amerika sebuah negara talam dua muka yang enggan menerima apa jua keputusan rakyat yang memihak kepada kem yang enggan berunding @ enggan bermuqabalah dengannya.
Kelmarin Ahmadineejad menang dan geng muqabalah Iran tewas besar. Hingga hari ini Amerika masih menangisi keputusan rakyat Iran yang rata-ratanya anti-muqabalah itu. Kini cita-cita Amerika hendak menguasai minyak Iran terkubur, cita-cita hendak melibralkan Islam di Iran juga hancur berkecai. Kesian Amerika....

No comments: