
Teman juga ada kesedaran Peneroka FELDA kerana bapa mertua peneroka,sepupu dan sedara dan makcik ramai yang dah jadi peneroka.Pelawaan Datuk Seri Najib pada warga Felda untuk mengadakan trasfomasi adalah satu slogan kosong dan mempunyai misi kepentingan politik mereka sahaja.Ini adalah kerana fakta di mana terdapat 41 kerusi Perlimen dan 90 kerusi Dun dengan mejoriti pengundi adalah peneroka .
Sebenarnya tidak ada apa-apa keistimewaan yang dinikmati cuma janji kosong Umno . Yang menikmati keistimewaan hasil titik peluh peneroka adalah bos dan syarikat felda dan anak buah mereka sahaja.
Sebagai contoh ,benarkah tahun ini Pengurus kilangsawit Felda menerima bonus hampir RM 100,000.00 seorang ? Manakala kakitangan bawahan menerima antara 6 ke 10 bulan bonos ?
Peneroka dapat apa Datuk ?...Peneroka yang menyerahkan taman semula pada Felda hanya diberi RM 1,500.00 sebulan sebagai sara hidupdan diangap sebagai hutang .
Tranfomasi apa ini Datuk Seri...?...
Untung secupak rugi segantang...."
Anak-anak peneroka yang telah berkerja bantulah orang tua anda dan berpakat agar buat ladang sendiri dan cari modal sendiri selepas geran telah diperolehi.
Peneroka juga harus bekerjasama dengan anak mereka dalam merancang membangunkan ladang mereka sendiri tanpa diserahkan kepada FELDA.
No comments:
Post a Comment