Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, June 29, 2009

JWB SAJA JGN KETAWA : BENARKAH PRESIDEN US HUBUNGI NAJIB ? TAPI RAMAI PERCAYA MB KELANTAN INGIN DEBAT DENGAN PENGERUSI BN !

Teman tiada buklti sohih lagi benarkah Presiden Amerika Syarikat ada menghubungi PM kita berkenaan rakyat Malaysia yang di tahan di sana.Bertuah sangatkah bila dihubungi?
PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kemelut politik kedua-dua parti.

"Pada pendapat saya adalah lebih baik beliau berdebat secara terbuka kerana ini dapat mengurangkan media Umno-Barisan Nasional (BN) salah tafsir dan membuat fitnah terhadap kenyataan-kenyataan beliau (Nik Aziz)," katanya.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengulas kenyataan Nik Aziz semalam yang ingin mengadakan debat terbuka dengan Perdana Menteri bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dan PAS.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, jalan terbaik adalah mengadakan dialog secara terbuka supaya tidak ada pihak yang boleh memutarbelitkan fakta dalam perkara berkenaan.

No comments: