Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, June 29, 2009

ADAKAH KU LI JADIKAN MANEK URAI UJIAN SEBELUM BERALIH ARAH ?

Segala-galanya bermula di Manek Urai. Soal kepimpinan datang dan pergi namun Datuk Mustapa Mohamed atau Tok Pa direstui untuk memandu hala tuju UMNO negeri Kelantan berasaskan tuntutan dan kemahuan perjuangan parti yang didokong ahli-ahlinya.
Begitulah harapan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kepada Tok Pa yang kini diberi peluang menerajui Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.
“Soal ujian pada Tok Pa tidak timbul, paling penting sejauhmana ahli-ahli mendokong perjuangan kita dan kita perlu berpakat”,katanya.
Beliau yang ditemui selepas Majlis Tengku Razaleigh Hamzah bersama rakyat Manek Urai di Sekolah Kebangsaan Manik Urai Baru, Jumaat.
Lebih 200 orang hadir di program pertama Tengku Razaleigh bertemu rakyat di Manek Urai menjelang pilihanraya kecil kawasan itu.
Kawasan Manek Urai pada awal 60an pernah diwakili beliau yang ketika itu dipanggil Hulu Kelantan.
Menurut Tengku Razaleigh, kawasan Hulu Kelantan dimenangi parti Perikatan pada tahun 1959, 1964 kemudian kalah tahun 1969 hingga menang semula tahun 2004 dan kalah lagi tahun 2008.
Beliau juga memberi komitmen untuk turun berkempen selepas penamaan calon ini dan mengharapkan Barisan Nasional (BN) akan capai kejayaan.
“Saya menaruh harapan kita (BN) boleh menang tapi kalau kena dengan calon yang sesuailah…,” tambahnya.

Ditanya masalah calon di setiap pilihan raya kecil yang diwakili UMNO sering ditimbulkan hingga berlaku perpecahan ketika berkempen, Tengku Razaleigh memberitahu jalan penyelesaian masalah itu pernah dikemukakan.
“Saya sudah cadangkan agar calon-calon patut dipilih oleh ahli-ahli dalam kawasan berkenaan maka dengan cara itu semua orang terpaksa ikut dan patuh pada keputusan orangramai bukan pilihan orang di atas kerana kadang-kadang pilihan orang di atas tidak begitu tepat dengan selera orang bawah,” katanya.

No comments: