Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 9, 2009

BN BELASAH WANG RAKYAT DI MANIK URAI SELEPAS BERJIMAT DI PENANTI


Bayangkan jika seramai 1,000 orang polis dihantar ke Manik Urai.Berapa belanjanya ? Penempatan Polis berupa kemah yang disewa dan ditempatkan ditempat strategi akan merosakkan tanah dan ekosistem di Manik Urai.
KUALA KRAI:
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, berkata Seramai 1,000 anggota polis akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, bulan depan dan penempatan semua anggota terbabit akan dilakukan mengikut keperluan secara berperingkat seperti dipraktikkan pada pilihan raya sebelum ini.

“Kita memberi jaminan perjalanan pilihan raya kecil itu akan berjalan lancar melalui kawalan keselamatan dilakukan anggota berkenaan,” katanya.
Macam tak biasa ,UMNO dan Barisan Naional (BN) dijangka akan terus melakukakan penyelewengan dengan menyalahgunakan jentea kerajaan dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (PRK) Manek Urai.

Belum pun bermula kempen PRK Manek Urai, Menteri Penerangan mendahului melakukan penyelewengan dengan mengerahkan jentera kementeriannya untuk turun kedalam kawasan pilihanraya terbabit.

Rais telah meminta semua jabatan dibawah kementeriannya untuk membuat kajian sosio ekonomi dan politik di kawasan tersebut untuk diguna pakai oleh jentera BN.

''Kementerian akan melihat senario di Manek Urai secara lebih dekat dan keperluan penduduk diperhalusi untuk melengkapkan laporan sosio-ekonomi dan politik di kawasan tersebut.
''Laporan tersebut akan diguna pakai dan disesuaikan oleh pihak-pihak yang terlibat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dan diterjemahkan melalui pelaksanaannya kelak oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Bersama Menteri di Auditorium Jabatan Penyiaran Kelantan di Kota Bharu pada 5hb Jun lalu.

Antara jabatan kerajaan yang akan disalahgunakan, menurut arahan Rais adalah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Penyiaran dan RTM.

''Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Penyiaran dan RTM yang secara tradisinya menjadi mata dan telinga kerajaan perlu bergabung untuk mendasari hati penduduk dengan menyalurkan maklumat dasar kerajaan melalui pendekatan yang boleh diterima pakai.

''Misalnya pemimpin BN turut turun padang bersama-sama penduduk kampung melakukan pelbagai kerja amal seperti bergotong-royong dan menghulurkan bantuan kepada golongan miskin dan daif," ujarnya.

Rais membuat arahan demikian kerana menurutnya UMNO dan BN akan berhadapan dengan ujian getir untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan terpaksa menawan hati pengundi mampu dengan pendekatan yang meyakinkan.

No comments: