Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 9, 2009

AWANG SELAMAT PATUT DI ISA ,KATA SAMY VELLU

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu nampaknya marah betul dengan penulis pojok Mingguan Malaysia, Awang Selamat kerana tulisannya yang terbaru bertajuk ‘Melayu Dikhianati’.Menzahirkan kemarahannya, Sammy mahu Awang Selamat dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan kerana tulisannya tersebut telah menghina kaum lain.
Selain Samy, banyak pihak juga tidak senang dengan tulisan Awang Selamat tersebut termasuk bekas Menteri di JPM, Datuk Zaid Ibrahim yang kini sering dilihat menghadiri majis-majlis parti pembangkang.
Cuma, dalam keghairahan parti-parti komponen seperti MIC hendak lompat meja ‘menghentam’ orang lain, parti-parti komponen juga harus melihat apakah mereka jujur dengan kata-kata mereka.
Sebagai contoh sebelum ini bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail digantung keahlian UMNO kerana kenyataannya dikatakan menyinggung perasaan masyarakat bukan Melayu khususnya kaum Cina.
Tidak lama selepas itu, Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe turut membangkitkan isu yang mencetuskan kemarahan orang Melayu berhbung soal pribumi. Namun Lian Hoe sehingga ke hari ini masih kekal dalam pentadbiran kerajaan, tiada tindakan disiplin dikenakan oleh partinya.Tidak kurang juga, ada suara-suara kalangan kaum lain yang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu serta mahu taraf Bumiputera dihapuskan, apakah pemimpin parti komponen bangun mempertahankan prinsip yang telah disepakati melalui ikatan kontrak sosial tersebut.
Dengan sebab itu, kemarahan Samy Vellu kepada Awang Selamat jangan hanya membuktikan memang Melayu tidak mendapat pembelaaan sewajarnya. Kritik Melayu, personal hak Melayu tidak mengapa tetapi jika memberi ingatan tentang kedudukan kaum lain di negara ini akan dianggap menghina. – 3/6/2009

No comments: