Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, May 4, 2009

SPEAKER PERAK AKAN GUNAKAN PERINTAH TETAP 84 (DUN PERAK) MEMBENARKAN SEMUA MEDIA BUAT LIPUTAN 7 MEI


Hari ini V. Sivakumar membuat ketetapan bahawa semua pihak media akan dibenarkan untuk membuat liputan persidangan DUN Perak akan datang. "Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media-media mengikut pertimbangan saya. Di sini, saya menggunakan Perintah-Perintah Tetap 84 (DUN Perak) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil manamana jurnal menghadiri persidangan Dewan. Perintah-perintah tetap ini juga membolehkan Yang Dipertua Dewan untuk membatalkan kebenaran yang diberi," katanya dalam satu kenyataan media di Ipoh tadi.
Sivakumar berkata semua media termasuk yang dihalang untuk membuat liputan sebelum ini diminta untuk membuat permohonan bertulis di Pejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan mulai pukul 9 pagi esok.
Dikatakan sebelum ini cuma 13 media elektronik dan cetak pro-BN iaitu RTM, Bernama TV, TV3, The Star, The New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, China Press, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Tamil Nanban, Tamil Nesan dan Bernama dibenarkan membuat liputan Persidangan DUN Perak yang dijadualkan pada 7 hingga 13 Mei ini. Keputusan itu berdasarkan arahan Pejabat SUK Perak dalam satu notis bertarikh 30 April lepas yang memutuskan bahawa media cetak tersebut itu saja dibenarkan membuat liputan.
Bagus Siva, anda membuat keputusan berani dan tepat bagi menjamin demokrasi dan kebebasan media terus dipertahankan di negara ini. Anda melakukan apa yang sepatutnya dilakukan mengikut undang-undang dan bukan mengikut perasaan untuk cuma menjaga periuk nasi seperti yang dilakukan oleh SUK Perak. sebelum ini. Anda melakukan atas prinsip rakyat harus mengetahui apakah yang berlaku dalam persidangan Dewan secara telus. Biar rakyat mengadili apa yang pemimpin mereka lakukan pada 7 Mei ini.Siapa yang pemerintah yang membelakangkan suara rakyat. SATU MALAYSIA ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku di Ipoh Khamis ini. Jangan biarkan SATU MALAYSIA marah kerana kebebasan mendapatkan maklumat dihalang.

No comments: