Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, May 4, 2009
SOLAT HAJAT MOHON SULTAN SELANGOR SEMBUH SEGERA SELEPAS SOLAT JUMAAT OLEH PENDUDUK DI MASJID AS_SALAM BUKIT SENTOSA
Al-hamdulillah rakyat Selangor pada Jumaat lepas tidak melepaskan peluang melakukan solat hajat memohon agar Allah memberi kemudahan pada Sulatan agar cepat semboh dan melakukan tugas seharian.Rakyat Selangor amat sayangkan baginda dan berdoa agar baginda berehat selepas pembedahan dan cepat sembuh.
Berita terkini mengatakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan jantung terbuka selama 10 jam di Pusat Perubatan Universiti Stanford di Palo Ato, California, Amerika Syarikat.
Pembantu khas Sultan Selangor, Kelvin Ong berkata dalam satu kenyataan di sini hari ini bahawa Sultan Sharafuddin yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Intensif (ICU) di pusat perubatan itu kini beransur pulih selepas menjalani rawatan bagi membaiki kebocoran injap bagi "mitra regurgitasi".
Katanya pembedahan injap mitra regurgitasi itu disyorkan apabila seseorang mengalami lecutan pecahan ukuran bagi keberkesanan jantung jatuh di bawah 60 peratus dan/atau ventrikel kiri adalah lebih besar daripada 40mm semasa berehat.
Lecutan pecahan itu boleh digunakan bagi menganggarkan fungsi ventrikel kiri yang mengepam darah ke seluruh badan, katanya.
Pasukan pembedahan yang diketuai Prof Dr Craig Miller dan Prof Dr Alan Yeung, dan para doktor telah menasihatkan supaya pelawat tidak dibenarkan melawat Sultan Selangor, katanya.
Ong berkata Sultan Sharafuddin juga dinasihatkan oleh pakar perubatan di pusat perubatan itu supaya berehat selama tiga minggu di hospital itu.
Sementara itu, doktor peribadi Sultan Selangor yang juga pakar perubatan di Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Datuk Dr Anuar Masduki diberikan kebenaran khusus dalam bilik pembedahan semasa pembedahan pada Sabtu lepas.
Beliau berkata sebelum pembedahan itu, Sultan Sharafuddin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia terutama rakyat Selangor atas doa dan ingatan mereka.
Sultan Sharafuddin berangkat ke California Rabu lepas dari Singapura dengan diiringi adinda baginda Tengku Indera Setia Selangor Tengku Ahmad Shah, Dr Anuar, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Selangor Datuk Zakaria Abd Rahman dan Ahli Dewan Diraja Selangor Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir. BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment