Mei 2009
TERKINI Jam 9.45: ADUN PR DAN BERJAYA masuk Ke Dewan
dan mendapati tempat duduk telah berubah, mereka mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.
Kedudukan ADUN PR sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.
TERKINI Jam 9.20 pagi: Kami berada di hadapan pintu Dewan
Kami berada di hadapan pintu masuk menunggu pintu dewan yang dimaklumkan oleh pihak polis cuma akan dibuka jam 9.45 pagi nanti.
Semua barang yang dibawa diperiksa dengan teliti dan di scan berkali.
Saya menyaksikan hampir 50 orang polis yang berkawal di dua pintu masuk yang dibuka
8.50 pagi: Ahli Parlimen Ampang dari PKR, Zuraida Kamaruddin dan ADUN Teratai dari DAP, Jenice Lee adalah antara 11 individu yang ditahan polis kerana dikatakan menimbulkan kekecohan menjelang perasmian sidang DUN Perak.
8.25 pagi: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki kawasan bangunan SUK, diikuti beberapa ADUN daripada Pakatan Rakyat.
8.15 pagi: Tiga individu yang memakai kemeja T tertera mesej 'Kembalikan Hak Rakyat' ditahan pihak polis.
7.30 pagi: Kakitangan bangunan SUK mula memasuki pejabat masing-masing
No comments:
Post a Comment