Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, May 7, 2009

PERGOLAKAN DI SABAH : PEMIMPIN KOMPONEN SABAH DESAK RAYMOND (BN SAPP) LETAK JAWATAN

Dah setel ke ? Hari Isnin 4 Mei Najib bergegas ke Sabah dan sebagai penyedap rasa beliau umumkan pembelian Hospital Queen Eli...Hospital Yang Disahkan Tidak Selamat dengan nilai RM245 juta oleh kerajaan Persekutuan .Mudahnya buat kiraan!
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak-pihak tertentu di dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sabah supaya menghentikan desakan meminta Datuk Raymond Tan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Beliau meminta semua pihak supaya menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Perdana Menteri akan ke Sabah (pada Isnin), sudah semestinya perkara itu akan dibincangkan. Saya tahu ada perkembangan-perkembangan yang menggalakkan, namun usaha-usaha desakan perlulah dihentikan.

“Serahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah dan perkara itu akan dapat diselesaikan, tiada masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan rasmi pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri mengulas desakan beberapa pemimpin parti komponen BN Sabah yang mahukan Raymond yang tidak menganggotai mana-mana parti melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Desakan itu dibuat berikutan mereka tidak mahu Raymond yang merupakan bekas timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP) dikekalkan dalam Kabinet negeri selepas SAPP keluar daripada BN.

No comments: