Skandal Port Klang Free Trade Zone memang gempar di dalam surat khabar bahasa cina.Isu ini cukup hangat bagi mereka kerana melibatkan ramai pemimpin MCA dan tidak ketinggalan UMNO dan BN sama.
Presiden MCA, Ong Tee Kiat menggunakan isu ini di dalam kempen dia untuk memenangi jawatan telah berjanji hendak dedahkan isu ini. tapi sampai hari tiada satu pendedahan pun dilakukan.
Nampak gaya, Najib kena bertindak sebab orang cina concern dengan isu ni dan boleh membuatkan mereka semakin menjauhkan diri dengan BN.( Yang memang dah jauh )
scandal ini sudah terlalu lama. projek pembinaan ini bermula dari zaman Mahathir lagi.
Bagaimana budget asal projek bernilai RM1.1billion masa Ling Leong Sik menjadi menteri pengankutan, lepas tu naik kepada RM4.6billion masa Chan Kong choy dan seterusnya naik lagi kepada RM12b.Pelik..bagaimana pihak PKFTZ boleh beli tanah dari Kota Dimensi sdn bhd dengan harga RM25 sekaki persegi (psf) sedangkan arahan dari kementerian kewangan dan pejabat peguam negara suruh bayar RM10 psf?
Kota Dimensi jadi jutawan dalam sekelip mata. Mereka beli tanah tersebut dari Pulau Lumut Development Cooperative Berhad dengan harga RM3 psf dan jual kepada PKFTZ dengan harga RM25 psf.
Malangnya, apabila Pihak Port Klang Authority (PKA) melantik Price waterhouseCooper (PwC) untuk menyiasat keseluruhan projek ini. Setelah laporan audit siap, pihak PwC memohon surat jaminan pelepasan dari kerajaan agar pihak PwC tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang selepas mengeluarkan laporan tersebut.
Bagaimanapun, menurut akhbar cina, PwC gagal mendapatkan surat tersebut. Maka, pihak PwC cuma menyerahkan laporan tersebut kepada PKA tanpa mengishtiharkannya kepada umum. laporan ini penting kerana untuk mendedahkan siapa dalang disebalik kehilangan wang rakyat ini
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment