Sultan pun dah mengaku kalah..? tanya seorang pembesar istana kepada seorang panglima..Ya..baginda pun tidak dapat berbuat apa-apa lagi terhadap kuda kesayangannya yang tidak mahu duduk sejak sekian lama,menjadikan hati sultan risau dan kasihan melihat kuda kesayangannya yang hampir kurus kerana setiap hari makan dan tidur hanya berdiri sahaja.
Maka dipanggilnya pembesar istana untuk mewar-warkan kepada rakyat,sesiapa yang dapat mendudukkan kuda tuanku,akan diberikan hadiah berupa wang sebanyak seribu dinar emas.Maka berpusu-pusu lah rakyat jelata yang ingin mencuba..tetapi semuanya tidak mampu mendudukkan kuda kesayangan tuanku itu.Baginda semakin bersusah hati dan hampir putus asa..tiba-tiba muncul seorang budak kecil ingin menawarkan diri untuk mencuba.
Tunku hanya tersenyum lalu bertanya "Mampukah kamu wahai budak mendudukkan kuda beta?" lalu budak itu menjawab "Hamba akan cuba dengan ilmu yang hamba ada tuanku,"lantas budak itu menghampiri kuda tuanku dengan perlahan-lahan..tiba-tiba saja kuda tuanku terduduk dan orang ramai bertepuk kegembiraan.
Tuanku sangat gembira,tetapi ingin sangat mengetahui rahsia ilmu yang dimiliki oleh budak itu,lalu dipanggilnya budak itu mengadap dan bertanya .." Bagaimanakah kamu dapat mendudukkan kuda beta,ilmu apakah yang engkau pakai wahai budak ?" lalu budak itu menghampiri tuanku dan berbisik kepada Tuanku.." Beta jentik Telonya tuanku,bila perutnya senak maka duduklah ia." Tuanku tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala.
Tetapi tuanku masih tidak berpuas hati dengan ilmu yang dimiliki oleh budak itu,lantas beliau berpakat dengan pembesar istana untuk menguji ilmu yang ada pada budak tersebut.Maka diadakanlah satu lagi pertandingan..iaitu bagaimana untuk memberikan kuda tuanku mengeleng-gelengkan kepalanya.
Sekali lagi rakyat jelata mencuba untuk mendapatkan seribu dirham wang emas sebagai hadiah.Namun semuanya tidak berjaya..Tiba-tiba muncul sekali lagi budak kecil itu untuk mencuba.Tuanku hanya tersenyum kerana menyangkakan kali ini sudah pasti budak itu akan tewas.
Maka diberikan laluan untuk budak itu mencuba...berjalanlah budak itu ke arah kuda tuanku lalu menghampiri telinga kuda itu,dengan pantas kuda itu mengeleng-gelengkan kepalanya,sekali lagi rakyat jelata bertepuk sorak kegembiraan kerana kehebatan ilmu sibudak kecil itu.
Sekali lagi tuanku memanggil budak kecil itu untuk mengetahui apakah rahsia sehingga kuda tuanku boleh mengeleng-gelengkan kepalanya.Lalu budak itu menghampiri tuanku dan berbisik.." Teman bisik ke telinga kuda tu..Nak kena jentik telo lagi ke?"..kuda tu kata "tak ndakkk..sakittt, lalu menggeleng-gelengkan kepalanya," itulah rahsia ilmu teman tuanku.
Tuanku tergelak besar lalu mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengakui kehebatan rakyat jelatanya yang lebih pintar dan berilmu daripada baginda, memang sepatutnyalah baginda mendengar suara rakyatnya.. lalu menyerahkan hadiah berupa wang seribu dinar kepada budak yang cerodik itu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
Celaka punya PAS ajar rakyat benci Sultan. Kejatuhan kerajaan PR di perak adalah disbbkan daulat dr Dr Nazri pasal beri tanah pad cina.
Post a Comment