Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 27, 2009

RAYUAN & GESAAN KHIR TOYO SEIRING PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT?

Teman singgah di blog Dr Khir dan terkezut letrik bila teman baca satu persatu fakta berkenaan tol yang tidak relevan di Selangor amat menyentuh hati teman.nak kata beliau dulu tak pernah terfikir atau buat-buat tak tahu bila masa berkuasa atau terpaksa bejiwa rakyat sekarang.Dulu Pak Lah tidak membawa perasaan berjiwa rakyat pasal tu harga minyak naik menggila dan tol juga naik tah bberapa kali.
Jom kita baca gesaan beliau agar Kerajaan Persekutuan agaknya perhalusi cadangan beliau.

Saya ada terbaca mengenai cadangan pengambil alihan PLUS. Memang PLUS menguasai sebahagian besar lebuh raya di Malaysia. Namun kebanyakan laluan PLUS berada di luar lingkungan keperluan harian penduduk kecuali Tol batu 3 dan beberapa lain dalam bandar yang relatifnya masih murah.

1. Saya fikir keperluan mendesak ialah mengatasi masalah tol di Lebuh Raya Damansara-Puchong LDP), Lebuh Raya Bertingkat Ampang, Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas). Saya mungkin tertinggal beberapa lebuh raya lain yang mungin juga perlu dipertimbangkan untuk penghapusan tol atau dikurangkan.

2. Lebuh raya-lebuh raya ini merupakan di kawasan yang berpenduduk padat dan perjalanan yang pendek dan terpaksa mengharungi kesesakan untuk membayar tol dan selepas membayar tol seperti di LDP. Malah kadang-kadang tol sendiri menjadi punca kesesakan.

3. Tol-tol seperti Kesas dan LDP ini juga dikenakan kadar yang tinggi tidak sesuai untuk kegunaan harian untuk bekerja. Anehnya, ada juga orang menggunakan lebuh raya ini secara percuma dan ada yang kena bayar bergantung di mana beliau tinggal.

4. Bukankah ini tidak adil kepada sebahagian orang? Ini juga bermakna mereka yang membayar di LDP dan Kesas turut membayar kepada sebahagian orang lain yang tidak melalui tol walaupun menggunakan lebuh raya yang sama.

5. Pada hemat saya, rakyat bersedia berkongsi sebahagian kos infrastruktur pembinaan lebuh raya untuk keselesaan seperti Lebuh Raya Utara - Selatan. Lluan yang mereka gunakan sekali sekala.

6. Yang menjadikan orang ramai sakit hati ialah keluar rumah untuk bekerja sahaja sudah terpaksa membayar dua tiga kali tol. Kadarnya pula agak tinggi bagi mereka yang terpaksa menggunakannya setiap hari.

7. Misalnya dari pekerja yang tinggal di Shah Alam dan bekerja di Bukit Jalil perlu menggunakan Kesas setiap hari ia membayar RM 8.40 sehari. Sebulan hampir RM 200 diperuntukkan untuk tol pergi dan balik kerja sahaja. Belum masuk kos petrol lagi. Bagi mereka yang tinggal di Sunway dan bekerja di Putrajaya pula mereka terpaksa membayar sebanyak RM 6.40 sehari. Jika sebulan sudah berapa?

8. Saya anggarkan bagi kakitangan biasa, mereka terpaksa membelanjakan hampir 1/3 pendapatan mereka untuk tol dan petrol sahaja. Itu belum termasuk kos penjagaan dan pendidikan anak, hutang rumah dan kereta serta hutang pendidikan lagi, Ditambah lagi dengan kenaikan tarif letrik dan harga barangan maka ramailah yang sakit hati dan sudah "tawar hati" terhadap kerajaan.

9. Justeru saya berharap jika benar rakyat diutamakan maka pengurangan secara besar kadar tol atau pemansuhan terus tol-tol dalam bandar dipertimbangkan secara serius. Jangan nanti sampai rakyat berkata kerajaan cakap tidak serupa bikin.

No comments: