Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 27, 2009

JIKA TIDAK MENANG SEKURANG-KURANGNYA KAK MIN BOLEH JADI PENGELUAR CD & ALBUM SENDIRI?

Teman rasa lepas ni ramai kawan-kawan Kak Min ragu-ragu bila diajak makanatau dinner.Takut Kak Min bawa rakaman cd.Mujur bukan cd macam bekas Ahli Parlimen MCA So Lek.
Yang saya hendak tulis ini mengenai CD pengakuan Mak Cik Minah yang kononnya disogok oleh 2 orang kanan PKR Pulau Pinang. Ramai pasti yang telah mendengar audio tersebut. Jika diamati CD audio tersebut, tak nampak sesuatu yang luar biasa pun yang boleh dikaitkan dengan rasuah. Orang kalau hendak hulur rasuah mereka akan buat tawaran lumayan dengan nada yang serius. Mana ada gelak-gelak terkekeh-kekeh seperti dua orang PKR itu. Mereka jumpa Mak Cik Minah kerana dijemput makan. Sambil makan sambil sembang-sembang kosong penuh santai. Lalu keluarlah pelbagai lawak jenaka untuk menceriakan suasana dengan kawan lama yang lama tak jumpa yang kebetulan tidak lagi berada dalam satu parti yang sama.

Sambil berbual secara santai penuh hilai tawa itulah timbullah soal 'kalau' itu dan 'kalau' ini. Antaranya, kalau Aminah nak tarik diri dari pilihanraya macam mana? Kalau Aminah menang pilihanraya tu macam mana? Kalau Aminah jadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran macam mana? Kalau Minah jadi TKM 1 ganti Fairus macam mana? Dan satu lagi: kalau dapat RM80,000 macam mana, ha...ha...ha...!! Begitulah seterusnya kalau.....kalau....kalau, semuanya mengenai 'kalau', macam angan-angan Mat Jenin yang penuh dengan 'kalau ' itu.

Tidak sangka pula tawaran suka-suka dua orang Mat Jenin PKR itu dirakamkan oleh Mak Cik Minah pula. Tak sangka juga Mak Cik Minah ni terror juga dalam soal pasang-pasang perangkap ni. Apapun, tahniah Mak Cik Minah, orang lain jalan-jalan sambil makan dia pula pasang perangkap sambil makan!

No comments: