
Teman yakin cadangan ini akan membuat penyokong UMNO & BN akan setuju kerana BN akan di hormati semua orang kerana mementingkan denyutan dan nadi rakyat.Kerajaan BN akan dipuji kerana sanggup berkorban politik demi menjaga ekonomi negara yang diancam krisis ekonomi dunia serta cadangan ini akan dapat jadikan Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan DS Najib dipuji kerana dapat jimatkan wang yang banyak dalam mengharungi PRK DUN PERAK yang dijangka memakan bajet yang amat tinggi.
Samada keputusan rayuan tersebut menyebelahi Zambry atau pun tidak, apa yang jelas ialah DUN Perak akan dibubarkan. Kalau Zambry menang pun, BN akan mohon perkenan bubarkan DUN Perak.
Sebabnya? Sonang yo, pilihan yang ada pada UMNO/BN ialah tutup kedai daripada menanggung kerugian yang lebih besar sekiranya bisnis dijalankan kerana ego dan kedegilan. Sekurang kurang ia dapat meminimakan kerugian.
No comments:
Post a Comment