
Tentu cadangan ini dipersetujui penyokong BN kerana jika BN SETUJU bubarkan DUN PERAK maka rakyat akan tabik habis sebab beliau seolah-olah merasa denyutan nadi rakyat yang mahukan pemilihan bagi mendapatkan mandat yang baru bagi negeri Perak.
Rakyat Malaysia akan tabik pada DS Najib sebagai Pm menjimatkan wang negara/rakyat dari bertanding di PRK DUN Perak yang boleh memakan bajet yang amat besar.
Semua petunjuk sekarang menuding kepada pembubaran DUN Perak. Ia mungkin dilakukan sebaik sahaja mahkamah membuat keputusan mengenai rayuan Zambry bahawa dialah sebenar benar dan benarnya menteri besar Perak.
Samada keputusan rayuan tersebut menyebelahi Zambry atau pun tidak, apa yang jelas ialah DUN Perak akan dibubarkan. Kalau Zambry menang pun, BN akan mohon perkenan bubarkan DUN Perak.
Pilihan yang ada pada UMNO/BN ialah tutup kedai daripada menanggung kerugian yang lebih besar sekiranya bisnis dijalankan kerana ego dan kedegilan. Sekurang kurang ia dapat meminimakan kerugian.
No comments:
Post a Comment