

Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerima sumbangan dua buah lori kontena berlogo UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi kegunaan logistik parti itu dari Kumpulan Bintang di perkarangan Menara Dato Onn sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Jumaat.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bintang Datuk Haji Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie memberitahu Agendadaily sebuah lori kontena 40 kaki dan 20 aki itu merupakan kenderaan pengangkutan bagi kegunaan logistik parti terutama bagi menghadapi pilihan raya disamping tujuan lain.
“Ianya dijangka akan digunakan untuk pertama kalinya di pilihan raya kecil Manik Urai Julai depan. Lori tersebut disediakan dengan pemandu dan segala penyelenggaraannya akan ditanggung oleh pihak syarikat,boleh digunakan pada bila-bila masa,” tambahnya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Taiping berkata, “kenderaan itu akan membantu parti melaksanakan projek-projek kemasyarakatan dan lebih efisyen dalam gerak kerjanya.”
Turut sama di majlis penyerahan ringkas itu Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Kerja Datuk Rauf Yusoff, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan anggota Majlis Tertinggi UMNO.-29/5/2009
2 comments:
Yala tu, Logistik kot angkut karung wang dan pengundi myanmar,veitnam, indon masa election.Kita tau la tujuan sebenarnya. Lagipun see la who give it.Orang amino juga.Ompan bilis dapat jaws le nanti.kan kan kan..............
driver2 lori bintang ni memang dah terkenal kat rawang dengan kesusahan hidupnya! Kadang2 gaji pun susah nak dapat! sikit2 potong gaji!
dalam keadaan macam tu pun, boss bangang depa boleh bagi 'sumbangan'??
Gila bangsat punya melayu!!!
sesuai la boss bangang tu UMNO..
Post a Comment