Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, May 31, 2009

2 AHLI POLITIK BERBEZA PARTI ASAL KERATONG

Teman tertarik nak cerita pembabitan dua orang anak peneroka FELDA di Rompin, Pahang, dalam politik.

YB Dato’ Haji Mohamad Shafri bin Abd Aziz, 34 tahun, anak seorang peneroka FELDA Keratong 2, memiliki Ijazah dari salah sebuah Universiti di Jordan. Exco Kerajaan Negeri Pahang, juga ADUN Kawasan Bukit Ibam, Parlimen Rompin.Beliau dikatakan naik tanpa restu rakyat Keratong.Kebetulan beliau anak kemanakan Pak Lah bekas PM Malaysia.

Nasrudin bin Hasan atau dikenali dengan nama Nasrudin Tantawi, 38 tahun, anak peneroka FELDA Keratong 5, memiliki Ijazah dari Mesir. Menang tanpa bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Bertanding di Kawasan Parlimen Maran pada PRU 12 tahun 2008, tewas kepada Calon BN.

Kedua-dua anak peneroka ini, berpendidikan tinggi dalam bidang agama, masyarakat FELDA kenal mereka dengan pangilan Ustaz, tapi sayangnya, kedua-dua mereka tidak sealiran dalam memperjuangkan nasib generasi peneroka akan datang.

Shafri, merasakan bahawa melalui UMNO sahaja beliau dapat berbakti untuk masyarakat FELDA, dan telah mendapat kepercayaan dari masyarakat dalam kawasan DUN Bukit Ibam untuk dipilih sebagai Wakil Rakyat, seterusnya memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri, membolehkan beliau terus bYB Dato’ Haji Mohamad Shafri bin Abd Aziz, 34 tahun, anak seorang peneroka FELDA Keratong 2, memiliki Ijazah dari salah sebuah Universiti di Jordan. Exco Kerajaan Negeri Pahang, juga ADUN Kawasan Bukit Ibam, Parlimen Rompin.

Nasrudin bin Hasan atau dikenali dengan nama Nasrudin Tantawi, 38 tahun, anak peneroka FELDA Keratong 5, memiliki Ijazah dari Mesir. Menang tanpa bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Bertanding di Kawasan Parlimen Maran pada PRU 12 tahun 2008, tewas kepada Calon BN.

Kedua-dua anak peneroka ini, berpendidikan tinggi dalam bidang agama, masyarakat FELDA kenal mereka dengan pangilan Ustaz, tapi sayangnya, kedua-dua mereka tidak sealiran dalam memperjuangkan nasib genarasi peneroka akan datang.

Shafri, merasakan bahawa melalui UMNO sahaja beliau dapat berbakti untuk masyarakat FELDA, dan telah mendapat kepercayaan dari masyarakat dalam kawasan DUN Bukit Ibam untuk dipilih sebagai Wakil Rakyat, seterusnya memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri, membolehkan beliau terus berjuang membela nasib masyarakat.
erjuang membela nasib masyarakat.

Nasrudin, lebih merasakan PAS adalah wadah terbaik yang dapat membangunkan masyarakat, beliau terus berjuang untuk menguasai kerajaan BN yang tidak seimbang dan penuh rasuah melalui PAS,walaupun beliau tidak menjadi wakil rakyat.

Kalaulah, Nasrudin dengan ilmu yang ada dapat bersama-sama berganding bahu dengan Shafri untuk membantu membangunkan masyarakat, kawan rasa terlalu banyak manfaatnya kepada golongan muda dalam FELDA.

Kalau Shafri, berjuang serta memikirkan cara-cara terbaik untuk mengatasi gejala sosial dari kalangan genarasi FELDA, berusaha agar anak-anak peneroka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan Negara.

No comments: