Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 20, 2009

LAPORAN KOI MENGATAKAN WILAYAH PERSEKUTUAN PALING RAMAI AHLI UMNO PENGAMPU.

9 Mei 2009
UMNO WP paling ramai pengampu..
KOI malas nak layan komen2 tak ada kelas yang masuk dalam blog Koi ni..bagi Koi setiap org ada hak, baik hak yang bodoh atau yang cerdik.terpulang. Dan Koi lama tak menulis bukan apa..Koi balik kampung, tengok ladang Koi, tengok kambing boer yang Koi bela, tengok kolam ikan patin dan jugak ternakan ayam daging..
Jadi Koi nak bagitahu, Koi hidup bukan tadah tangan macam orang lain, Koi usaha sendiri. Tak pinjam duit bank pun..harta arwah bapak dan emak Koi tinggal, tak habis makan sampai ke cucu Koi pun..Koi bukan kaki bodek pemimpin UMNO, Koi bukan ampu macam seorang dua dalam WP yang Koi kenal..Koi bukan kaki ampu Syed Ali, bukan kaki ampu Shafie dan tak pernah mengampu Zulhasnan pun..niat memang nak jumpa tapi kawan yang janji, bila Zulhasnan dah tak jadi menteri, hilang dengan janji-janjinya.
Biasalah tu..kata orang kampung Koi, kita ni bila dah takdak kuasa, usahkan kawan lalat pun tak nak hinggap. Begitu jugalah dengan nasib Zulhasnan, usahkan masa tak ada kuasa, bila ada kuasa pun kawan-kawan dia dalam WP nak cantas politik dia..Koi setuju sangatlah nasib kita ni yang tentukan Tuhan..jadi Koi nak pesan jugaklah, kita ni jangan terlalu gembira dengan kejatuhan orang lain..hari ni hari dia, hari kita belum tahu lagi..takut bila kita jatuh nanti..usahkan lalat, langau pun tak nak hurung kita..jadi kalau sokong pemimpin yang ada hari ni..berpada-padalah..

Koi nak cerita kali ni pasai Adnan Mansor dengan Rauf..SUK UMNO yang baru. Orang dah cerita Adnan memang tak berkenan sangat dengan Rauf ni tapi pasai Rauf ni katanya baik dengan Elis Noor, bekas Setpol Najib yang katanya sekarang ni dok jaga jadual Rosmah Mansor, Adnan kena terima jugaklah..kena senyum walaupun sakit hati dia hanya dia saja yang tahu..

Rauf ni penyangak besar dalam WP. Tanya orang Bukit Bintang. Tanya Norza.Tanya Azim dan tanyalah sesiapa sahaja. Rauf ni jenis manusia suka amik kesempatan dan dia berjaya jadi SUK kerana pandai amik kesempatan, Jadi terkial-kiallah Abu Khamis yang dok nak sangat jadi SUK UMNO, Adnan pun suka dengan Abu Khamis ni..

Ada orang bagitahu Koi, Adnan langsung tak tunjuk muka ketika Syed Ali yang syok sendiri anjur ulangtahun UMNO Cheras. marah betoi Adnan bila Najib lantik Rauf dengan tidak bincang dengan dia..Koi pun heran jugaklah apa manderam yang Elis Noor tiup kat Najib dan apa pulak agenda Elis Noor dengan Rauf..?

Yang Koi dengar lagi..ada jugak yang kata Rauf ni ada kena mengena dengan Norita yang katanya mati kena bunuh di kondo Damansara. Kes ni senyap jer..kalau betoilah rauf terlibat, ada skandal dengan Norita..mak lengkaplah skrip buruk pengurusan UMNO...dahlah ada yang tuduh Adnan tipu waktu pemililhan MKT UMNO dulu..kerna nak menangkan kawan baiknya Hamzah Zainuddin dan jugak arahan menangkan Hishamuddin untuk jadi VP UMNO, Adnan sanggup tipu waktu kira undi..itu tak pelik keran Adnan memang begitu..
Koi yakin sangatlah dan yakin macam orang lain, hayat UMNO ni dah tak panjang. Koi tak heran pun kerana selama ni Koi hidup, besarkan anak dan cucu bukan kerana mengampu UMNO tapi Koi kesianlah dengan penyokong UMNO ni..yang hidup mengemis daripada orang-orang UMNO..amik upah hantar komen, kritik Koi dan macam lagi-lagi. Kalau tak ada orang UMNO bagi upah..agak2nya mereka ni jadi pengemis dok kat tangga Puduraya..
Koi nak pesan jugaklah..pada orang yang dok gelak kerana orang lain jatuh atau hilang kuasa atau hilang pangkat..jangan dok gelak besar sangat..setiap dari kita akan ada hari pembalasannnya..Wallah hualam..

No comments: