Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 12, 2009

KISAH REKAAN : SI ZOMREE PTI (DULU DIKENALI SEBAGAI PENDUDUK TANPA IZIN (HARAM)

Cerita ini tiada mengenai sesiapa samada yang hidup atau mati .Tetapi kalau kebetulan sama atau sebijik atau serupa maka nasib ler!
Ada teman kawan Nazim namanya ada seorang pekerja PTI(Pekerja tanpa izin)kira haramlah ,rupanya pun gelap skit , namanya ZOMREE (DEKAT_DEKAT NAMA ZOMBIE) menjaga gerai buahnya .Setelah 8 bulan membantu si Zomree tiba-tiba pada suatu hari dia memeberitahu si Nazim bahawa beliau adalah tuan gerai sekarang.Si Nazim pun menegur apa pula hak dia tapi dengan selamba si Zomree kata beliau ada hak kerana dia telah dilantik oleh Ahli Majlis yang dah kenal dan rapat dengan beliau.Si Zomree kata kalau tidak puas hati boleh buat laporan, pada masa itu beliau telah membawa 2 orang polis yang dah selalu beliau usha dengan memberi buah-buahan sebagi ole-ole masa si Nazim tiada.Si Nazim terpinga dan bawa kes tersebut ke Mahkamah.
Akhir nya dipendekan cerita Si Nazim diistihar tuan punya gerai buah.Maka bersorak dan bersyukurlah keluarga si Nazim.
Walaubagaimanapun keesokan hari si Nazim dipanggil ke Mahkamah dan rupanya si Zomree buat rayuan bagi menangguhakan hak si Nazim yang baru dapat perintah mahkamah semalam.
Si Zomree yang memang dah kautim dengan dan kenal dengan keluarga si Hakim dan Pendakwa Raya telah mengistiharkan hukuman semalam ditangguhkan sehingga akan diberitahu kelak.
Yang menjadi persoalan bagaimana si Zomree yang PTi dengan tiada kad pengenalan tetap boleh masuk mahkamah dan dilayan mahkamah untuk mendakwa si Nazim?

No comments: