Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 12, 2009

BUBAR DUN PERAK : SEMUA RAKYAT PERAK & BLOGGER & PERSATUAN BERHAK LAHIRKAN SERUAN TERSEBUT SEKARANG!


Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU), Mohd Hafez bin Sabri menyatakan seluruh mahasiswa Perak menggesa Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan segera.
Keputusan mahkamah petang tadi menyebabkan Dato’ Zambry Abdul Kadir tidak ada hak lagi untuk bertakhta sebagai Menteri Besar dan membuktikan selama ini kerajaan Barisan Nasional Perak telah menipu rakyat Negeri Perak dengan mentadbir Perak secara haram

Beliau juga berpendapat, Dato’ Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin tidak perlu meminta Dato’ Zambry Abdul Kadir meletakkan jawatan ini kerana pengisytiharan mahkamah itu secara automatik menjelaskan kedudukan Dato’ Zambry Abdul Kadir sebagai MB Perak kudeta sebelum ini dan kesemua exconya gugur.
Dalam pada itu, beliau menggesa Dato’ Zambry Abdul Kadir supaya segera meletak jawatan.
“Sekiranya Dato’ Zambry dan para exconya ada maruah dan air muka mereka akan meletakkan jawatannya dengan sendiri pada malam ini juga,”ujar beliau.
Dalam perkembangan lain, satu laporan menyebut Dato’ Zambry Abdul Kadir dikatakan akan meninggalkan bangunan pentadbiran kerajaan Perak esok. Dipercayai langkah itu akan diturut serta oleh para Exconya.
“Kami diperingkat mahasiswa Perak memohon agar Sultan Perak sedia menerima Dato’ Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin menghadap dan memberi perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak ini kerana keputusan Mahkamah Tinggi telah membuktikan bahawa selama ini Dato’ Zambry Abdul Kadir memerintah negeri Perak secara tidak sah.
Kami mendoakan agar keputusan Mahkamah Tinggi tadi akan membuat pintu hati Sultan Perak yang terkenal sebagai seorang berhemah dan bijsaksana itu untuk menerima Dato’ Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin dan mendengar apa-apa yang akan diperkatakan oleh Dato’ Seri Ir Haji Nizar bin Jamaluddin selaku Menteri Besar yang sah itu,” tambah beliau.

No comments: