Ketua Umno bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menentukan dakwaan penyelewengan dalam laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Nama beliau turut disebut dalam laporan audit PKFZ oleh PriceWaterhouse Coppers (PwC) berkaitan tanah milik Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang didakwa boleh menimbulkan kemungkinan konflik kepentingan.
Laporan itu menyebut Abdul Rahman merupakan ahli lembaga pengarah PKA dari 1997 hingga 2003.
Skandal Port Klang Free Zone mencapai satu angka yang tidak berguna kalau kita fikirkan. Dan penyokong UMNO/BN tidak berupaya nak membilang jari mengira jumlah tersebut. Bayangkan tuan/puan dari sebutharga asal bernilai RM 2,000,000,000.00 ia menjadi RM 12,453,000,000,000.00.
Dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tersebut, kata laporan itu, beliau telah mengisytiharkan dirinya sebagai pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad (KPPLB) dan bertanya mengenai cadangan pengambilan balik wajib tanah melalui pembelian terus.
KPPLB merupakan pemilik asal sebahagian daripada tanah tersebut.
Mengikut laporan itu, memandangkan pengambilan balik wajib tersebut akan menguntungkan PKA, maka rasional Abdul Rahman menimbulkan perkara itu adalah tidak jelas.
Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) akan membuat laporan kepada SPRM berhubung laporan audit PKFZ.
Pengerusinya, Datuk Lee Wah Beng berkata, beliau sendiri akan membuat laporan kepada SPRM jam 8 pagi esok.
PKFZ merupakan zon bebas komersial dan perindustrian bersepadu seluas 1,000 ekar yang menawarkan kemudahan untuk pengedaran kargo antarabangsa dan sebagai pusat penyatuan setempat.
Ia terletak bersebelahan Pelabuhan Barat di Pulau Indah, dan boleh diakses melalui Lebuhraya Kesas.
Laporan audit PKFZ menunjukkan bahawa kos projek tersebut boleh melonjak kepada RM12 bilion berbanding RM1.96 bilion ketika ia dilancarkan pada 2001.
Turut disebut dalam laporan tersebut - yang membabitkan kemungkinan berlaku konflik kepentingan - ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) yang juga ahli Parlimen Bintulu Datuk Tiong King Sing. - malaysiakini
Cuma laporan audit ada menyebut However, the report named Deputy Finance Minister Datuk Chor Chee Heung, who was chairman of PKA and Umno's Sementa assemblyman Datuk Abdul Rahman Palil as individuals with potential conflicts of interest.
Elok juga kes rasuah calon PKR DUN Sementa http://bm.bersih.org/?p=550 patut disiasat hubungkait dengan si Rahman ini. PKR mendakwa wujud usaha membeli calon-calon PKR dan parti-parti pembangkang supaya menarik diri daripada terus bertanding dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Sehubungan itu, PKR mendesak pihak-pihak berwajib, terutama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis supaya memantau dan mengambil tindakan sewajarnya.
syed husin aliDalam satu kenyataan hari ini, timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali berkata, kawalan pihak berkuasa perlu bagi memastikan pilihanraya kali ini tidak dicemari amalan rasuah.
“Kami mempunyai bukti jelas bahawa seorang calon negeri di Selangor telah diberi bayaran tinggi supaya tidak hadir masa pencalonan semalam.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, May 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kalau bolih minta ahli majlis klang hj razali hassan korek rahsia si rahman jahanam ni ambil 140,000RM SETIAP BULAN DARI MPK untuk di gunakan lagi satu tanah tol sebagai tempat buang sampah di telok kapas kelang.
Korek jgn tak korek penyamun tarbus ini.
Post a Comment