Ni lah pasal kalau dah tua baru diberi jawatan Menteri Pelajaran.Tengok Hishamuddin & Anwar Ibrahim upps (PR lah) ,DS Najib dan siapa lagi semua muda-muda ..taklah fikiran terlalu ke belakang.
Teman memang tak setuju menyekat iq pelajar.Terpulang pada pelajar nak ambil sampai 100 subjek ke? atau sebagainya janji mampu dan sanggup bayar yuran.Tan Sri Muhyiddin tak kan tak tau zaman dunia tanpa sempadan sekarang, zaman It budak umur 5 tahun dah iq bagus di Indonesia budak umur 17 tahun dah jadi doktor!
Silap-silap tak lama lagi Menteri Pelajaran kita suruh budak iq genius kena ikut sekolah macam biasa ..kena sekolah tadika ,kemudian sekolah rendah dan kemudian baru sekolah menengah dan baru Institut Pengajian Tinggi.
Kenapa sampai begini? Kenapa sekat kemampuan generasi pelapis kita dalam kebolehan menguasai banyak cabang ilmu? Letih la dengan kebodohan bangsa Melayu mencorak masa depan.
Kalau seseorang anak kita tu tak mampu, tak kan la dia nak ambil 20 subjek. Sebab kepala otak dia power la dia ambil banyak. So, kenapa nak sekat?
"Ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah para guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus,"
Apakah ini alasan sebenar? Tujuan sebenar? Setiap subjek ada gurunya sendiri. Bendanya sama juga. 20 subjek yang diambil oleh beberapa pelajar akan dirujuk kepada guru subjek. Takanlah guru bangang Kimia terpaksa ajar Kimia pulak kot.
"Jadi, dengan memaksimumkan subjek, guru bahasa Melayu tidak terbeban untuk mengajar kimia."
Muhyidin, yang juga menteri pelajaran berkata, daripada setengah juta pelajar yang mengambil SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek.
Ibu bapa dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar lebihan subjek perlu diambil apabila menghantar anak mereka ke kelas tuisyen, katanya.
Kalau ibu bapa tak mampu, pasti anak mereka tidak ke pusat tusyen. Kalau anak tidak mampu bawa, dia tidak memilih banyak subjek.
Yang pilih banyak subjek ni bukan orang yang suka-suka, nak bergaya. Lu serupa bodoh macam Hadi la bro. Ketetapan falsafah lu lari ma. Masalah A, tapi penyelesaian bukan A.
Muhyiddin berkata kementerian amat serius untuk merapatkan jurang di antara pelajar bandar dan luar bandar walapun perbezaan jurang ini tidak sejauh mana.
Semua ini bukan jalan penyelesaian. Ini semua membunuh kegeniusan anak-anak. Jangan jadikan yang genius dan cerdik sebagai korban dalam penyelesaian masalah.
Berikan sahaja keistimewaan kepada pelajar luar bandar. Guna standard tertentu untuk memilih mereka mendapat biasasiswa, masuk university dan sebagainya.
Yang penting, anak-anak yang genius jangan dikorbankan. Jangan dikembirikan perkembangan mereka. Mereka perlu dicabar melakukan lebih.
"Lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar ini terdapat ramai orang bumiputera Melayu, bumiputera yang agak miskin, kurang berkemampuan.
"Kita mahu pembangunan sekolah-sekolah di luar bandar sama tahapnya baik dari segi infrastruktur, cara pembelajaran sebagaimana yang terdapat di kawasan-kawasan yang sudah maju,"
Habis? Selama 60 tahun lu memerintah, lu buat apa?
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment