Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 26, 2009

KETUA-KETUA KAMPONG PERAK FAILKAN SAMAN KEPADA MB MAHKAMAH?

Hari ini 26 Mei, jam 11.00 pagi Ketua-ketua Kampung Kerajaan Pakatan Rakyat akan failkan saman ke atas Kerajaan Zambry BN di atas pemecatan mereka sebagai Ketua Kampung dan pembubaran JKKK yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Tindakan Zambry yang memecat Ketua Kampung dan membubarkan JKKK dianggap tidak sah disebabkan tempoh perkhidmatan mereka belum tamat lagi. Perlantikan Ketua Kampung adalah dipilih melalui pungutan suara, watikah perlantikan pula telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri PR pada bulan Ogos 2008, manakala perkhidmatan mereka sepatutnya tamat pada Ogos 2010.

Kerajaan BN telah bertindak keterlaluan dengan memecat semua Ketua-ketua Kampung dan membubarkan JKKK sedangkan tempoh perkhidmatan mereka belum tamat. Berbeza dengan Kerajaan PR yang tidak memecat seorang pun Ketua-ketua Kampung lantikan BN, malahan mereka dipelawa untuk terus berkhidmat sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat, sebaliknya mereka sendiri yang meletakkan jawatan beramai-ramai.

No comments: