Kini jentera UMNO telah digerakkan ke Manek Urai di Kelantan, dan mungkinkah UMNO lebih yakin untuk menang di situ jika dibandingkan dengan DUN Penanti?
Mustahil penyertaan UMNO di dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai nanti dibuat berdasarkan kepada peluang untuk menang adalah tipis. Najib, Muhyiddin dan Mustapha Mohamad lebih optimis untuk melihat UMNO menang di Manek Urai, di Kelantan jika dibandingkan dengan DUN Penanti di Pulau Pinang. Jika tidak, mana mungkin keberanian itu begitu cepat dinyatakan oleh mereka sebaik saja berlakunya kekosongan kerusi DUN tersebut.
UMNO bertanding di situ seolah-olah jika menang BN boleh membentuk kerajaannya di Kelantan. Persoalan bertanding akan membazirkan wang rakyat di dalam pilihan raya kecil di DUN Manek Urai sudah tidak berbangkit lagi, kerana tentunya mereka yakin rakyat Kelantan khususnya pengundi DUN Manek Urai akan lebih percaya kepada UMNO yang dipimpin oleh Najib daripada PAS Kelantan yang diketuai oleh Tuan Guru Nik Aziz.
Sama-samalah kita saksikan episod parti mana yang diterima oleh rakyat dan parti mana yang akan ditolak oleh rakyat. Sesungguhnya pilihan raya kecil DUN Penanti akan dinantikan keputusannya malam ini, sementara DUN Manek Urai pula akan menjadi lebih menarik kerana UMNO begitu yakin dengan kemenangan yang hendak dijulangnya di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Unmo akan tergolek juga kat situ. Tapi awas! undi hantu mesti beribu.Spr dah tentu akan buat kerja tai ni untuk Bee End sebab Gaji pegawai SPR dan Polis di bayar oleh umno dari duit poket dan komisyen pemimpin dan bukan dari duit cukai rakyat.Lihat sahaja tempoh masa PRK manik Urai ni. SPR ada masa yang cukup.Be prepared for election war in Manaik Urai my Fellow Pakatan palls.
Post a Comment