Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, June 1, 2009

KANTOI CALON BEBAS DIJANGKA ,KEMENANGAN PR BOM JANGKA UNTUK BN DI MANIK URAI !


Parti Keadilan Rakyat mengekalkan kerusi DUN Penanti dengan majoriti lebih besar, meskipun berdepan pelbagai fitnah, dan taktik kotor untuk menafikan proses demokrasi.

Calon PKR, Mansor Othman mendapat majoriti 5,558 undi, berbanding 2,219 undi yand diperolehi oleh Mohammad Fairus Khairuddin pada pilihanraya umum yang lalu.

Kali ini, kesemua tiga calon bebas turut hilang wang deposit mereka. Barisan Nasional tidak bertanding setelah kalah pada kesemua empat pilihanraya kecil sejak Mac tahun lalu.

“Walaupun PKR berhadapan dengan fitnah jahat serta aparat kekuasaan yang berhasrat mengikis sokongan rakyat, namun segala usaha mereka (Umno) menemui jalan buntu,” kata Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

“Alhamdulillah dalam jangka masa 14 bulan ini, tiga kali pengundi Penanti menghadapi pilihan raya, dan masih tetap tidak berganjak untuk menyokong agenda perubahan Pakatan Rakyat,” kata Anwar. “Keputusan pilihan raya kecil ini membuktikan Keadilan masih mendapat sokongan majoriti penduduk Penanti,” tambah Anwar.

Umno-BN menggunakan pelbagai taktik kotor untuk cuba menggagalkan proses pilihan raya kecil Penanti.

Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin secara terbuka menggesa pengundi memulau pilihan raya kecil itu, satu kesalahan serius di bawah Akta Pilihan Raya. Anehnya tiada tindak balas daripada SPR.

Pengundi Penanti juga dipancing dengan percutian percuma ke Haadyai dan Padang Besar, siap dengan duit untuk membeli belah antara 500-1000 ringgit supaya mereka tidak mengundi.

Pengundi juga diumpan dengan pelbagai jamuan makan pada hari mengundi, supaya mereka alpa dan tidak menunaikan tanggungjawab mereka.

Dalam pada itu polis sekali lagi digunakan untuk menekan pemimpin Pakatan Rakyat yang membangkitkan isu-isu kepentingan awam seperti pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan krisis demokrasi Perak.

Pemimpin-pemimpin seperti Lim Kit Siang, Gobalakrishnan dan Chegu Bard menjadi mangsa soalsiasat polis.

SPR pula dikerah untuk mengenakan pelbagai syarat dan kerenah birokrasi untuk menekan Pakatan Rakyat sehingga ada penyokong mereka tidak berpeluang mengundi.
Segala taktik BN-UMNO itu yang dibiayai dengan wang rakyat berjaya pada tahap tertentu.

Hanya 46.15 peratus daripada 15,384 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya Penanti, berbanding lebih 80 peratus pada pilihan raya umum lalu.

Namun taktik Umno-BN itu tidak berupaya mengekang hakikat bahawa rakyat terus menyokong Pakatan Rakyat.

“Kemenangan Mansor Othman menunjukkan bahawa memang sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat tak pudar dan masih berkembang.

“Sungguhpun ada usaha tertentu untuk memboikot tetapi majoriti yang cukup besar ini menunjukkan sokongan padu untuk Mansor adalah kerana beliau sebagai seorang pemimpin berwibawa,” kata Guan Eng.

Guan Eng juga membidas SPR kerana terus berada di bawah telunjuk BN dalam cubaan menggunakan taktik kotor untuk menewaskan Pakatan Rakyat.

“ Sistem yang baru dipakai oleh SPR menjadi kelam kabut kerana ramai pengundi yang tak dapat buang undi kerana nama mereka hilang,” kata Guan Eng.

Beliau berkata ada banyak petanda bahawa “SPR memihak kepada BN dan menghilangkan pengundi merupakan taktik baru BN untuk mengalahkan kita.”

“Banyak pengundi merungut nama tak ada. Mereka undi Anwar Ogos lalu, tapi kini nama mereka hilang. Ini strategi baru untuk kurangkan pengaruh Pakatan Rakyat,” kata Lim, sambil menambah bahawa keputusan itu menunjukkan rakyat menolak taktik kotor seperti itu.

No comments: